Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

REVIU BUKU: BUDAK KAMPUNG CONGO

  👍😄Testimoni dari Puan  Rahmah Mokhtar Petikan dari Facebook beliau.  http://www.rahmahmokhtar.com/2018/03/reviu-buku-budak-kampung-congo.html Gambar : Penulis bersama Pencetak buku Buku setebal 224 halaman tulisan Zyed Ahmad Hassan ini baru sahaja terbit. Naskhah terbit sendiri ini kaya dengan cerita pengalaman orang lama. Saya menikmati pelbagai perasaan yang datang sewaktu membacanya. Saya terkejut, ketawa besar, tersenyum, cemas, terjerit, menutup mata, dan menangis sepanjang membacanya. Melihat judulnya, ada yang menyangka ini himpunan kisah pemuda-pemuda dari Congo, Afrika. Tentu sahaja salah tekaan itu, apatah lagi untuk orang macam saya yang tak pernah tahu Kampung Congo  itu adalah tempat yang sama dengan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Dikatakan, nama itu diberi kerana ia diteroka sekumpulan askar Melayu yang pernah berkhi...