Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Tangisan Mandi Lombong

Rahmah Mokhtar Budak Kampung Congo. Cerita pengalaman penulis dari kecil hingga dewasa. Dari setinggan ke Kampung Congo dan kemudian ke Kampung Jeram. Cerita yang buat saya d itimpa bermacam-macam rasa. Sampai satu bab, tersentak. Tertanya sendiri, boleh ke buat macam tu? . . Dari wall Tuan Zyed, petikan ini dikongsi beberapa hari lalu. "Ya Allah. Emak, abah maafkan Mad, kalau kami tak sempat balik….” Beberapa ketika berlalu, suasana masih senyap, tiada suara kedengaran dan tiada sesiapa yang keluar dari tempat persembunyian. Matahari semakin meninggi. Bahang panas makin terasa. Aku dengar bunyi desiran daun lalang yang bergeseran ditiup angin. Sesekali terasa sejuk apabila angin sepoi-sepoi berhembus mengenai muka. Terfikir pula kenapa semua orang senyap. Aku mengangkat kepala dan menyelak daun-daun lalang untuk melihat keadaan. “Tak boleh jadi. Mereka terlena atau apa ni?” *** Mahu buat pre-order, hubungi 0193944740 Ini ada petika...

TANGISAN MANDI LOMBONG

Ikan-ikan di lombong bergantung hidup pada sumber alam semula jadi. Mereka tidak akan mati kelaparan. Allah telah menyediakan plankton dan pelbagai makanan lain di sekeliling dan di dasar lombong. Tabiat ikan suka benda-benda yang timbul di permukaan air. Ikan-ikanyang lapar berebut-rebut makan apa sahaja yang disangkanya makanan. Sebab itu aku tidak lupa membawa sedikit biskut atau nasi setiap kali datang ke lombong. Seronok dapat bermain-main dengan ikan. Sebagai budak lelaki yang aktif, aku berhajat mahu terjun dan mandi  di dalam lombong. Iyalah, mandi air perigi dan di pelantar lombong, aku sudah biasa. Yang ini aku tak pernah dapat. Akhirnya peluang itu tiba. Suatu petang, aku pergi seorang diri ke lombong tempat emak membasuh kain, tanpa pengetahuan sesiapa. Sampai sahaja, aku melucutkan baju dan perlahan-lahan masuk ke dalam air, sambil tangan berpaut pada pelantar. Memang menakutkan!. Kaki tergantung di dalam air kerana dasarnya tidak mungkin dapat dipijak. ...

KAMPUNG CONGO

Selepas banjir itu, rumah kami di Kampung Seputeh telah dinaiktaraf. Lebih besar, luas dan diperbuat  daripada campuran konkrit dan kayu. Taraf ekonomi sahaja yang masih di takuk lama. Tiga tahun selepas peristiwa Banjir Besar, abah telah membuat keputusan untuk berpindah. Emak dan  abah mempunyai pilihan untuk berada di Kuala Lumpur atau balik ke kampung asal. Mereka berasal dari Kampung Jeram. Namun abah cenderung untuk menetap di Kuala Lumpur buat seketika. Bagi  merungkai keputusan yang lebih adil, Allah tempat mengadu dan meminta. Dialah sebaik-baik tempat  rujukan dan tempat mendapatkan penyelesaian. Akhirnya satu keputusan dibuat dan kami tidak jadi  balik ke kampung. Sebaliknya, kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Abah mempunyai rancangannya yang tersendiri, ingin mengambil peluang untuk belajar di kelas  malam dan mencari pekerjaan tetap. Peluang untuk belajar di kampung agak tipis. Belajar agama pula  tidak diketepi...

Banjir Besar Di Kuala Lumpur -Bahagian ke -2

“Ya Allah, Astagfirullah, bangun.. bangun.”   Itu saja perkataan yang keluar dari mulut. Semua orang  cemas, emak dan abah cepat-cepat mengarahkan kami bersedia untuk keluar. Emak membuka pintu  bagi laluan kepada anggota bomba. Beberapa orang anggota bomba masuk dengan lampu suloh di topi  mereka terpasang sambil mensasarkan suluhan ke setiap penjuru di dalam rumah. “Ada berapa orang dalam rumah?”   ahli bomba bertanya. Tidak sempat emak hendak menjawab, soalan  kedua pula diajukan.   “Ada kanak-kanak ke?” Emak pantas menjawab. “Ada seorang kanak-kanak, lima orang dewasa   semua,” sambil menunjuk ke arah aku yang masih  terbaring. Abah dan kakak-kakak sudah tidak kedengaran suara mereka. Seorang anggota bomba menyambar aku  dari katil, segera mendukung anak kecil itu dan dia bergegas mengharungi air   dan keluar dari rumah.  Kocakan air semakin kuat. Di luar, hujan masih turun. Curahan air di atas bumbung zink ma...

Rumah Tepi Sungai

Sebelum   Merdeka kami tinggal di Kampung Seputeh, di pinggir   kota raya Kuala Lumpur.   Teratak papan yang sudah usang beratap zink terletak di pinggir Sungai Klang. Hampir semua warga setinggan di sini bekerja keras   ‘kais pagi makan pagi’ untuk menyara   kehidupan.   Rata-rata rumah   berdinding papan dan bahan kayu terbuang, beratap zink,   kecil lagi padat serta tiada kemudahan api dan air paip.   Ramai yang tidak mempunyai pakaian yang sempurna. Walaupun lusuh, ia kelihatan bersih dan tidak semak mata memandang. Tidak ada   antara penduduk yang dikenali   yang   menggemis dan meminta-minta dengan alasan kemiskinan, sebaliknya mereka berusaha sekadar yang mampu mencari rezeki secara halal. Komuniti majmuk   Cina, India dan Melayu di sini hidup aman dan   damai   tanpa sebarang kes kecurian, rusuhan dan pergaduhan,   cuma rumah-rumah kejiranan   bertaburan kerana masing-masing mendirik...