Skip to main content

Posts

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...
Recent posts

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

Banjir Besar di Kuala Lumpur

Pada tahun 1957 berlaku satu Banjir Besar di Kuala Lumpur. Beberapa hari sebelum   itu   awan    mendung berarak dan bertukar menjadi gelap.    Awan-awan di langit telah sarat menanggung air dan    sudah tidak dapat menahan berat kandungannya,   hujan akhirnya turun mencurah-curah. Langit  memuntahkan isinya tanpa henti-henti, disambut dengan guruh, petir dan kilat sambung-menyambung.    Keadaan itu diikuti pula dengan angin   kencang. Beberapa rumah pondok ranap dalam sekelip mata. Banyak   bumbung zink   yang tercabut dan  diterbangkan   angin yang mengganas. Untuk beberapa hari itu tiada aktiviti luaran. Semua penduduk  berkurung di dalam rumah masing-masing. Paras air di sungai telah mula naik perlahan-lahan dan  hanya menunggu masa untuk melimpah dan   menceroboh masuk ke dalam rumah berdekatan sungai.    Aku yang maseh kecil tidak terkesan dengan bencana yang be...

PERTAMA KALI BELAJAR MENULIS BUKU

Pada 8 April, 2017 aku memulakan langkah baru dalam hidup. Semuanya secara kebetulan juga. Aku menjadi anak didik cikgu Anys yang mengajar buat Blog. Taklah jadi pandai sangat, insya Allah bolehlah .  Tujuan penulisan untuk membimbing sesiapa yang ingin menulis buku. Aku memang berminat. Sesi pertama aku tidak dapat hadir kerana bertembung dengan program lain. Sesi kedua baru lah aku mendapat peluang. Sesi kali ini merupakan Bengkel Penulisan menerbitkan Buku Pertama. yang dikendalikan oleh Mentor En Zamri Mohamad. Teruja untuk menerbitkan Buku Pertama telah membawa aku ke Johor Bharu. Tidak mengapa jauh, sebab aku perlukan ilmu, aku kena tahu tatacara penulisan dan apa- apa juga trik dan rahsia di sebaliknya. Sesi sehari tersebut sangat membantu. Lebih dari 20 orang peserta hadir dari seluruh pelusuk negara. Amat memberangsangkan. Kami masing-masing telah pun set sasaran untuk menyiapkan kerja. Aku tidak berasa terasing atau inferior walaupun yang hadir ada yang telah mengh...

HARGAI MASA MU

Terfikirkah kita waktu kita ada pangkat dan ada kuasa  ramai kawan suka kita. Lelaki dan perempuan sama sahaja. Sebab kita berkedudukan ada orang nak tumpang glamor. Kawan kawan semua suka berada disekeliling kita dan kita dihormati, ditegur sapa dan kita diberi senyuman mesra. Kalau kita berjaya ramai orang memuji kita.  Begitu juga bila kita berada, hidup mewah dan banyak wang dan harta, ramai lah orang dan kawan –kawan buka mata. Yang berkawan dengan kita pula orang yang juga kaya-raya. Bila kita pandai ramai lah orang mencari dan berdampingan dengan kita. Kita juga menjadi tempat rujukan mereka. Bila kita muda dan tanpan, ramai pula wanita tergila-gila pada kita. Ramai pula yang menawar untuk jadi isteri kedua dan ketiga serta wanita simpanan setia. Apabila kita sudah tidak lagi berkuasa, sudah jatuh ditimpa tangga dan tidak lagi berjaya saperti dahulu, barulah kita sedar kita tidak ada apa-apa, kita tidak lagi istimewa. Kawan-kawan menjauhkan diri, tidak mahu ...

MUHASABAH DIRI

Saya terpanggil untuk menukilkan tajuk ini apabila saya ditimpa penyakit batu karang. Kehadiran batu karang di dalam buah pinggang saya diketahui beberapa tahun dahulu semasa saya membuat pemeriksaan kesihatan tahunan.  Namun saya anggap kecil dan boleh diatasi. Setelah 6 tahun, ia datang dan memberikan igauan yang menakutkan. Tanda tanda awal adalah sakit yang amat sangat bila hendak kencing, diikuti dengan kencing berdarah. Barulah saya tersedar ada petunjuk dari Allah yang tidak boleh diabaikan.  Penyakit datangnya dari Allah dan ia pergi kerana Allah. Allah telah menentukan sakit dan sehat seseorang. Jangan sesekali mempertikaikan kenapa kita dapat sakit. Tentulah ada hikmahnya yang Allah Maha Mengetahui. Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya. Bila sakit barulah kita menyebut nama Allah lebih dari semasa kita sehat.  Masa sakit kita rasa dukacita, murung dan kurang tertawa. Kecuali orang beriman, mereka bersyukur atas penyakit yang menimpa d...

IN SHA ALLAH

InshaAllah jika Allah izinkan semuanya berjalan baik.  Itu tauhid kita terhadap Allah bahawa setiap sesuatu itu berlaku dengan izinnya. Jika Allah hendak memberi  tiada siapa dapat menahan dan jika Allah hendak menahannya tiada siapa yang dapat memberinya. Allah hu Akbar.  Kalimah ini kini digunakan oleh semua orang, Muslim dan juga Bukan Muslim kerana mudah menuturnya. Saya ada kawan-kawan bangsa Cina dan Inggeris, mereka kerap juga melafazkan ‘InshaAllah’ mungkin pada saya mereka seronok-seronok menyebutnya  bukan keyakinan yang tulen.   Kawan saya, Allen Oliver dari England, telah lama  bekerja di Arab Saudi dan kalimah ‘InshaAllah’ sudah jadi mainan mulutnya. Hidayah adalah hak Allah dan dia tidak mendapat nya. Kita boleh merancana sesuatu tetapi Allah jua yang akan menentukan jadi tidaknya rancangan kita.  Kalimah ini menunjukkan kebergantungan kita kepada Allah, kerendahan hati kita terhadap Allah, kekerdilan  dan kelemah...