Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

SEHARI TANPA PENDATANG

Teks: Zyed Ahmad Hassan Foto : Sumber Google Kebanyakan  restoran di  Washington DC, Philadelphia, Autin, Boston, Texas , St Paul , Minn dan beberapa Bandar besar  menutup perniagaan mereka hari ini  Kamis 15/2 2017 atas keperihatinan mereka terhadap nasib pendatang di Amerika.  Mereka berkata  pendatang –pendatang  sama ada yang masuk secara sah atau tidak sah telah banyak membantu ekonomi Amerika dari segi perkhidmatan kolar biru mahu pun kolar putih. Kumpulan aktivis dan NGO dan lain lain badan social telah menggerakkan ahli mereka untuk berkempen dan menyertai demonstrasi terhadap polisi President Trump yang menghad dan menahan dan menghantar pulang  pendatang dari memasuki Amerika.  Turut menjadi isu  kontrovesi terhadap pendatang dari Mexico dan pembinaan tembok pemisah. Pagar pemisah antara USA dan Mexico sudah bermula Ramai pekerja dari Doktor, peguam hingga ke pencuci pinggan mengambil bahag...

KISAH TRAGIS PESAKIT KANSER

Teks:  Zyed Ahmad Hassan Sumber: Rancangan TV dan U-Tube Pada malam semalam 5/2/2017 saya menonton TV dan kebetulan rancangan yang dihoskan oleh Sarkawi Jirim itu menebual Pakar Rawatan Alternatif , Prof Dato Seri Syed Putra Meer  dari Syarikat Kumpulan Jobless Millionaires International mengenai kanser. Dua orang tetamu pesakit kanser ada bersama beliau. Rancangan ini menyingkap semula kisah silam yang dihadapi oleh isteri saya yang ketika itu telah disahkan kanser pancreas tahap 4. Saya memang telah berusaha mencari pengubatan alternatif, Cuma Allah tidak menemukan saya dengan Pakar yang betul dan pada masa yang betul. Setelah 1 tahun menderita, isteri saya  dijemput untuk bertemu Allah pada tahun2004. AlFatihah untuk isteriku. Saya tertarik mengenai kisah Tuan Zamani Mahmud seorang pesakit leukemia dan kanser stage 4. Saya dapatkan sedikit maklumat dan disini saya ingin berkongsi kisah pahit beliau dalam menghadapi tempuh kegelapan serta menjalani rawa...

ANAK PEREMPUAN DONALD TRUMP TARIKAN MEDIA CHINA

Teks:            Zyed Ahmad Hassan Sumber:       StarOnLine Pada hari Rabu, Ivanka dan Arabella telah mengunjungi secara mengejut ke Kedutaan China di Washington untuk mengambil bahagian dalam upacara menyambut Tahun Baru China. Gambar mereka telah dimuatkan dimuka hadapan China Daily pada hari Jumaat. Anak perempuan Donald Trump, Ivanka menyiarkan gambar mereka sedang menyayikan lagu selamat bercuti tahun baru dengan mengunakan papet China tradisional.  Arabella Kushner 5 tahun yang telah pun menarik perhatian di China pada  bulan November lalu apabila dia membacakan  sajak  china zaman dahulu dan video klipnya telah viral di internet. Namun masyarakat China membidas President Trump kerana tidak sensitif dan tidak peduli untuk  mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada mereka.  Surat kabar Global Times mengatakan president sebelum ini Barak Obama dan Bill Clinton dan G Bush sem...

MENGATASI ORANG BERMASAALAH

Teks:  Zyed Ahmad Hassan Orang Bermasaalah (OB) terdapat dimana-mana, dirumah, disekolah dan dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Mereka juga hadir dalam berbagai situasi dan keadaan. Tiada organisasi, terutama organisasi korperat besar, yang betu-betul bebas dari OB. Saya pernah menghadapi situasi begini. Mari kita tinjau permasaalah tersebut semuga mendapat sedikit ibrah yang mungkin boleh diguna pakai ditempat saudara. OB boleh wujud secara individu dan boleh juga terjadi dalam kumpulan, dimana orang perseorangan telah menghasut dan mempengaruhi rakan kerja untuk bergabung dan membentuk satu kumpulan bagi menimbulkan situasi tidak harmoni didalam satu kumpulan tenaga kerja khususnya atau didalam organisasi amnya. Berurusan dengan OB didalam syarikat kecil tidaklah begitu susah. Ia menjadi sedikit sukar dimana terdapat Persatuan Pekerja. Keadaan menjadi lebih tegang apabila OB menggunakan tektik menyerang peribadi dan profesen lawannya. Kebiasaannya OB mudah di ...

RESIPI KEJAYAAN

Teks :  Zyed Ahmad Hassan Hari ini saya hendak berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman mengenai orang orang yang berjaya didalam perniagaan. Kita selalu dimaklumkan untuk berjaya kita kena berkawan dengan orang berjaya. Kadang kadang ini sukar dilakukan sebab orang yang sudah jadi jutawan selalu sibok dan tiada masa untuk melayan budak mentah. Jangan berputus asa. Satu cara lain untuk mendampingi mereka ialah dengan membaca kisah kejayaan mereka dan mengambil pelajaran dan ibrah dari perjalanan hidup mereka. Saya tertarik dengan kejayaan Nik Nurfaraha Fareena Auddin, anak remaja berumur 28 tahun dari Utara tanahair. Beliau bermula dengan mengusahakan produk kecantikan buatan sendiri kecil-kecilan sehingga mampu membuka kilang. Beliau juga mengusahakan bakery serta melatih usahawan di bawah projek Kementerian Pendidikan. Produknya telah dijenamakan. Tersenarai 50 stokis dan 500 agen jualan. Tahniah kepada Norah. Personaliti kedua ialah Datuk Yusuf Taiyoob yang jug...

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

CINTA RASUL BERMULA DI RUMAH

Teks:  Zyed Ahmad Hassan Sering kita perkatakan tentang sunnah Rasul dan cinta nabi. Bagaimana kita hendak cinta Rasulullah jika sunnahnya tidak kita ikuti dan amalkan. Pada akhir zaman ini, cinta Rasulullah hanya di mulut. Ramai orang alim tetapi jahil. Masih ramai belia yang memang rajin bersolat tetapi tidak berilmu. Contoh:  bila rukuk atau sujud, alur buntut  terdedah kerana memakai seluar bawah pinggang dan baju ketat  lagi singkat. Ada juga orang alim  yang berilmu tetapi hanya pandai mengkritik dan tidak mengamalkan ilmu yang betul, dan tidak menyalurkan ke jalan yang benar. Orang yang berilmu mesti berguru dari guru-guru yang mujtahid bukan sekadar belajar dari buku dan Ustaz Google. Cinta kepada Rasulullah atau umumnya di panggil Cinta Rasul boleh bermula dari rumah. Kita tidak akan dapat mencintai Allah jika tidak mencintai RasulNya. Pendidikan itu sendiri bermula dari rumah. Ibu bapa adalah contoh pendidik yang paling memberi motivasi kepad...

BUAT KERJA KERANA ALLAH

Teks:  Zyed Ahmad Hassan Ramai orang buat kerja kerana hendak mendapatkan upah, gaji, hadiah atau habuan yang istimewa.  Ada  juga yang buat sesuatu kerja untuk mendapat nama, disanjung atau diberikan suatu jawatan.  Bagaimana   kalau anda diberi kerja untuk bekerja dan tiada upah? Sanggupkah anda? Jawapan saya  ialah sanggup dan tidak sanggup. Saya tak sanggup melakukan sebarang kerja yang bertentangan dengan syariat Islam dan subhah. Ini meliputi banyak perkara saperti pekerjaan yang kurafat, melibatkan penipuan dan penindasan, penyelewengan, penipuan, perniagaan atas angin tanpa produk, menjadi Ah Long dan kuncunya, pemerdagangan manusia, perniagaan pasar gelap dan rasuah. Sebaliknya saya sanggup membuat kerja yang tiada imbalan, tiada upah jika ia memertabatkan islam serta untuk kepentingan ummah. Namun begitu mestilah ia menurut kemampuan dan kebolehan kita. Jangan jadi saperti tikus membaiki labu. Lakukan kerja dengan niat kerana Al...

BINA JARINGAN MELALUI PAMERAN DAN LAWATAN

Teks:   Zyed Ahmad Hassan Foto:   Zyed Ahmad Hassan Selamat bertemu kembali saudara saudari. Kali ini saya akan menceritakan mengenai Pertunjukan Pertahanan  ( Defence Show) dan Perdagangan Antarabangsa yang pernah saya lawati dan tujuan disebaliknya. Semuanya bermula dari tahun 1988. Pameran Pertahanan & Konference Antarabangsa di seluruh dunia biasanya di adakan 2 tahun sekali. Malaysia dan negara-negara di dunia mengambil giliran masing-masing.  Jadi saya berpeluang melawat pameran tersebut sekurang kurangnya sekali dan paling banyak dua kali setahun. Alhamdulillah, dengan izin Allah, peluang seumpama itu saya mula dapati apabila saya menjawat pangkat Pengurus dan Pengurus Besar Jualan. Dengan‘corporate governance’ yang bagus,‘succession plan’ yang teratur serta perancangan yang telus, lawatan saya ke pameran antarabangsa dan latihan di luar negara  adalah sebahagian dari usaha mempersiapkan saya dan membiasakan saya dengan  pelanggan dan pe...

SERONOKNYA DI ENGLAND

Teks:  Zyed Ahmad Hassan Saya mula pergi keluar negara apabila menyandang jawatan Pengurus Jualan di syarikat Land Rover Malaysia.  Seronoknya, negara pertama saya jejaki ialah England.  Masa sekolah menengah dahulu, senior saya dan Pak Cik- Pak Cik saya ramai yang ke England melanjutkan pelajaran. Saya pun pernah menanam cita cita untuk  ke negara tersebut suatu hari nanti. Syukur, Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya kesana walaupun bukan untuk belajar tetapi untuk lawatan dan bersiar-siar.  Peringkat awal kunjungan saya ke England semata mata membawa delegasi pegawai pegawai kerajaan untuk lawatan sambil belajar ke Kilang pemasangan Land Rover di Solihull dan Gudang Alatganti Land Rover di Desford. Saban tahun saya ke England membawa kumpulan berlainan yang menjadi pengguna utama Land Rover. Agar lebih seronok, setiap kali ke sana, pihak kilang di UK menyediakan agenda berlainan termasuk lawatan ke Estnor Castle, trek 4x4 terkemuka di England, melaw...

CABARAN

Teks: Zyed Ahmad Hassan Kerjaya saya yang sebenar bermula apabila saya menceburi bidang pemasaran dengan sebuah syarikat Konglomerate di Kuala Lumpur. Cabaran getir yang saya hadapi menguji minda, sikap dan tingkah laku serta iman. Menguji keimanan adalah yang paling hebat di dalam keseluruhan kerjaya saya. Saya akan kembali kepada babak babak menarik ini suatu hari nanti jika di izinkan Allah. Dalam Bab  kali ini saya ingin berkongsi secara pengalaman bagaimana saya menyahut cabaran kawan-kawan yang memperlekehkan kebolehan saya dalam usaha menjalin hubungan dan memperluaskan rangkaian dan jaringan kerja dengan pelanggan khusus pelanggan tentera, polis dan amnya pegawai pegawai kerajaan. Bermula pada tahun 1984, sasaran saya ialah mewujudkan jaringan sosial dengan orang orang penting dalam kerajaan dan agensi kerajaan peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Misi saya macam kerja agen "Mission Impossible" atau "James Bond 007". Halangan yang saya hadapi h...

NIAGA DULU KECIL KECILAN DENGAN IMAN

Teks: Zyed Ahmad Hassan Sejak kecil aku sudah melihat emakku begitu beriltizam untuk menjalankan perniagaan. Berbagai cara dan berbagai usaha dilakukannya tanpa jemu. Niatnya sungguh baik kerana hendak melihat anak-anaknya senang. Emakku tidak pernah ke sekolah. Tarbiah dari abah membuatkan emak ada pendiriannya tersendiri, memulakan kerja dengan niat kerana Allah. Tiada harta dan kecetekan ilmu tidak menghalang emak membuat pekerjaan dengan hasil usaha tangan sendiri. Yang penting mendapat keredhaan Ilahi. Rasullullah SAW sendiri pernah menegaskan sesungguhnya 9 dari 10 rezeki datang dari perniagaan. Nabi Muhammad SAW mula menceburkan diri didalam perniagaan ketika berumur 9 tahun. Masa itu baginda dibawa oleh bapa saudaranya Abu Thalib mengikuti rombongan perniagaan ke Syam. Ketika berumur 20 tahun Nabi menguruskan pula perniagaan Siti Khadijah. Walaupun aku sendiri tiada  pengalaman perniagaan yang hendak dikongsi, pengalaman emakku 60 tahun dahulu boleh memberi ins...

CATATAN HARIAN

Tekas:  Zyed Ahmad Hassan GELAGAT PENGGUNA JALANRAYA Pada tahun 2011 pejabatku berpindah ke Menara Tan & Tan Jalan Tun Razak. Untuk pergi ke Pejabat dari rumah di Bukit Rimau Shah Alam, jalan paling selesa ialah melalui Lebuhraya Kesas dan susur keluar di persimpangan Bukit Jalil terus naik ke Lebuhraya Max dan turun keluar di Bulatan Kampong Pandan. Paling cepat aku boleh sampai pejabat dalam masa 1 jam, jika tiada kemalangan dan hujan. Kesesakan jalan sudah menjadi perkara biasa.  Semua orang di atas jalanraya wajib memandu berhati hati, ikut lorong, lampu isyarat dan arahan Polis. Biasanya kalau aku tidak mahu beratur panjang diatas jalan, aku keluar dari rumah sebaik habis solat subuh.  Nak dijadikan cerita suatu hari, aku memandu saperti biasa. Jalan pada hari itu pun sesak. Banyak sangat motosikal mencelah di kiri kanan kereta. Penunggang motosikal kadang kadang berlagak macam gangster, macam kaki buli seolah olah  semua jalanraya milik merek...