Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

Banjir Besar di Kuala Lumpur

Pada tahun 1957 berlaku satu Banjir Besar di Kuala Lumpur. Beberapa hari sebelum   itu   awan    mendung berarak dan bertukar menjadi gelap.    Awan-awan di langit telah sarat menanggung air dan    sudah tidak dapat menahan berat kandungannya,   hujan akhirnya turun mencurah-curah. Langit  memuntahkan isinya tanpa henti-henti, disambut dengan guruh, petir dan kilat sambung-menyambung.    Keadaan itu diikuti pula dengan angin   kencang. Beberapa rumah pondok ranap dalam sekelip mata. Banyak   bumbung zink   yang tercabut dan  diterbangkan   angin yang mengganas. Untuk beberapa hari itu tiada aktiviti luaran. Semua penduduk  berkurung di dalam rumah masing-masing. Paras air di sungai telah mula naik perlahan-lahan dan  hanya menunggu masa untuk melimpah dan   menceroboh masuk ke dalam rumah berdekatan sungai.    Aku yang maseh kecil tidak terkesan dengan bencana yang be...

PERTAMA KALI BELAJAR MENULIS BUKU

Pada 8 April, 2017 aku memulakan langkah baru dalam hidup. Semuanya secara kebetulan juga. Aku menjadi anak didik cikgu Anys yang mengajar buat Blog. Taklah jadi pandai sangat, insya Allah bolehlah .  Tujuan penulisan untuk membimbing sesiapa yang ingin menulis buku. Aku memang berminat. Sesi pertama aku tidak dapat hadir kerana bertembung dengan program lain. Sesi kedua baru lah aku mendapat peluang. Sesi kali ini merupakan Bengkel Penulisan menerbitkan Buku Pertama. yang dikendalikan oleh Mentor En Zamri Mohamad. Teruja untuk menerbitkan Buku Pertama telah membawa aku ke Johor Bharu. Tidak mengapa jauh, sebab aku perlukan ilmu, aku kena tahu tatacara penulisan dan apa- apa juga trik dan rahsia di sebaliknya. Sesi sehari tersebut sangat membantu. Lebih dari 20 orang peserta hadir dari seluruh pelusuk negara. Amat memberangsangkan. Kami masing-masing telah pun set sasaran untuk menyiapkan kerja. Aku tidak berasa terasing atau inferior walaupun yang hadir ada yang telah mengh...

HARGAI MASA MU

Terfikirkah kita waktu kita ada pangkat dan ada kuasa  ramai kawan suka kita. Lelaki dan perempuan sama sahaja. Sebab kita berkedudukan ada orang nak tumpang glamor. Kawan kawan semua suka berada disekeliling kita dan kita dihormati, ditegur sapa dan kita diberi senyuman mesra. Kalau kita berjaya ramai orang memuji kita.  Begitu juga bila kita berada, hidup mewah dan banyak wang dan harta, ramai lah orang dan kawan –kawan buka mata. Yang berkawan dengan kita pula orang yang juga kaya-raya. Bila kita pandai ramai lah orang mencari dan berdampingan dengan kita. Kita juga menjadi tempat rujukan mereka. Bila kita muda dan tanpan, ramai pula wanita tergila-gila pada kita. Ramai pula yang menawar untuk jadi isteri kedua dan ketiga serta wanita simpanan setia. Apabila kita sudah tidak lagi berkuasa, sudah jatuh ditimpa tangga dan tidak lagi berjaya saperti dahulu, barulah kita sedar kita tidak ada apa-apa, kita tidak lagi istimewa. Kawan-kawan menjauhkan diri, tidak mahu ...

MUHASABAH DIRI

Saya terpanggil untuk menukilkan tajuk ini apabila saya ditimpa penyakit batu karang. Kehadiran batu karang di dalam buah pinggang saya diketahui beberapa tahun dahulu semasa saya membuat pemeriksaan kesihatan tahunan.  Namun saya anggap kecil dan boleh diatasi. Setelah 6 tahun, ia datang dan memberikan igauan yang menakutkan. Tanda tanda awal adalah sakit yang amat sangat bila hendak kencing, diikuti dengan kencing berdarah. Barulah saya tersedar ada petunjuk dari Allah yang tidak boleh diabaikan.  Penyakit datangnya dari Allah dan ia pergi kerana Allah. Allah telah menentukan sakit dan sehat seseorang. Jangan sesekali mempertikaikan kenapa kita dapat sakit. Tentulah ada hikmahnya yang Allah Maha Mengetahui. Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya. Bila sakit barulah kita menyebut nama Allah lebih dari semasa kita sehat.  Masa sakit kita rasa dukacita, murung dan kurang tertawa. Kecuali orang beriman, mereka bersyukur atas penyakit yang menimpa d...

IN SHA ALLAH

InshaAllah jika Allah izinkan semuanya berjalan baik.  Itu tauhid kita terhadap Allah bahawa setiap sesuatu itu berlaku dengan izinnya. Jika Allah hendak memberi  tiada siapa dapat menahan dan jika Allah hendak menahannya tiada siapa yang dapat memberinya. Allah hu Akbar.  Kalimah ini kini digunakan oleh semua orang, Muslim dan juga Bukan Muslim kerana mudah menuturnya. Saya ada kawan-kawan bangsa Cina dan Inggeris, mereka kerap juga melafazkan ‘InshaAllah’ mungkin pada saya mereka seronok-seronok menyebutnya  bukan keyakinan yang tulen.   Kawan saya, Allen Oliver dari England, telah lama  bekerja di Arab Saudi dan kalimah ‘InshaAllah’ sudah jadi mainan mulutnya. Hidayah adalah hak Allah dan dia tidak mendapat nya. Kita boleh merancana sesuatu tetapi Allah jua yang akan menentukan jadi tidaknya rancangan kita.  Kalimah ini menunjukkan kebergantungan kita kepada Allah, kerendahan hati kita terhadap Allah, kekerdilan  dan kelemah...

X PAYAH! # BACA BUKU INI BOLEH BUAT HAJI TAMATTUK SANTAI DAN MUDAH

😈Masalah utama bakal haji adalah bagaimana nak buat haji tamattuk. Ramai nak buat haji tamattuk tapi tak pasti.  Ramai yang tahu tapi tak yakin.  Banyak persoalan mengenai Dam dan pantang larang bila pakai ihram.  Bakal haji nak dapatkan informasi haji melalui Kursus Perdana Haji kena tunggu lama. Dah nak berangkat ke Mekah baru dapat.   Nak tunggu kursus bersiri haji di Masjid dan Surau anjuran Syarikat Haji, Wow.. pening, sampai 17 siri selama 17 minggu!.  Cuba belajar dengan membaca buku ini. Boleh baca bila-bila masa. Insya Allah gerenti faham sebab bukunya ditulis dengan bahasa mudah, orang kampung boleh baca, orang muda boleh baca, orang bandar lagilah faham. Ia dalam bentuk travelog penceritaan orang sedang mengembara buat haji.   Awak tak akan mis apa yang saya nak beritahu. Baca setiap perkataan penting untuk awak menikmati perjalanan haji ini.  Saya sangat bersyukur, 3 tahun lepas saya dapat pergi ke Mekah bersama isteri bu...

Kejayaan Adalah Rahmat Allah

Menulis adalah satu usaha yang hebat. Tulisan yang baik dan membawa munafaat kepada ummah menjadikan ia satu ibadah.  Sebelum memula dan menghasilkan  sesuatu  penulisan eloklah disemaikan niat. Kemudian disusuli dengan fokus ke mana hendak dituju atau disampaikan niat tersebut.  Dalam dunia penulisan kita mencari fokus bidang  dan sasaran. Lebih tepat kita menjurus kepada golongan sasaran. Pertama kali kita menulis tanpa ilmu akan menghadapi berbagai masalah.Walaupun ramai yang boleh menulis, ramai juga yang tidak menulis dengan cara yang betul. Termasuk diri saya sendiri.😓 Penulisan pertama saya dibuat atas dasar mahu menyiapkan tugasan sulung. Ketika itu  memang cetek ilmu.  Bagaimanapun usaha tetap diteruskan atas dasar jika tidak bermula, jika tidak ada langkah pertama tidak mungkin saya dapat meneruskan langkah seterusnya. Penulis terpaksa menerima hakikat hasil sulungnya tidak dapat mencapai standard dan sasaran. Jangan pula kelemahan itu m...

MINTA DARI ALLAH

“Mari sini anak emak. Emak ikut petua orang tua-tua, kalau duduk masa menanam, pokok mudah jadi rendang.  Tetapi, kita jangan percaya perkara itu bulat-bulat.  Selagi kita tidak percaya ada kuasa lain selain Allah yang mengabulkan permohonan kita, selamatlah kita dunia dan akhirat dari kemurkaan-Nya.  Hendak mulakan sesuatu pekerjaan, kita sebut nama Allah, baca Bismillah.  Kemudian selawat ke atas Nabi tiga kali dan akhir sekali kita berdoa,  Masya-Allah la quwwata illa billah. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa kita. Pokok ini tumbuh rendang dan berbuah lebat. Itu yang emak buat tadi. Faham?” Aku mengangguk-angguk tanda setuju dan faham.  Kemudian emak menambah lagi, “Sebenarnya emak penat, tidak larat hendak mencangkung. Sebab itu emak duduk. Duduk bersila lagi selesa.”  Emak menjelaskan perkara sebenar. Aku mengangguk lagi dan merapatkan tubuh lalu merangkul lehernya.  Cara mana pun emak dan abah buat, mereka memohon kepada Allah keberkata...

KALAU HENDAK SERIBU DAYA

Hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih.  Pepatah ini memotivasikan kami untuk terus menghadapi cabaran masa hadapan.  Emak dan abah tidak pernah memandang ringan setiap pekerjaan yang hendak mereka lakukan.  Kami sedar bahawa Allah sudah memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka.  Kami mahu terus berusaha sedaya mampu untuk berbudi pula kepada tanah.  Sesuai dengan kata pepatah, “Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.” “Kalau kita buat sungguh-sungguh, tentu dapat hasil yang baik. Berbudi pada tanah dengan menanam  tumbuh-tumbuhan yang baik, dibaja, disiram dan dibersihkan persekitarannya, insya-Allah akan mendapat hasil yang baik juga.” Emak dan abah sudah bertekad mahu mengerjakan tanah ini secara berfasa tanpa bantuan peralatan  moden.   Peralatan sedia ada seperti cangkul dan tajak sudah memadai. Kerja bertani kecil-kecilan tidak memerlukan teknologi tinggi dan canggih.  Nawaitu, tekad, keyakinan,...