Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

SEHARI TANPA PENDATANG

Teks: Zyed Ahmad Hassan Foto : Sumber Google Kebanyakan  restoran di  Washington DC, Philadelphia, Autin, Boston, Texas , St Paul , Minn dan beberapa Bandar besar  menutup perniagaan mereka hari ini  Kamis 15/2 2017 atas keperihatinan mereka terhadap nasib pendatang di Amerika.  Mereka berkata  pendatang –pendatang  sama ada yang masuk secara sah atau tidak sah telah banyak membantu ekonomi Amerika dari segi perkhidmatan kolar biru mahu pun kolar putih. Kumpulan aktivis dan NGO dan lain lain badan social telah menggerakkan ahli mereka untuk berkempen dan menyertai demonstrasi terhadap polisi President Trump yang menghad dan menahan dan menghantar pulang  pendatang dari memasuki Amerika.  Turut menjadi isu  kontrovesi terhadap pendatang dari Mexico dan pembinaan tembok pemisah. Pagar pemisah antara USA dan Mexico sudah bermula Ramai pekerja dari Doktor, peguam hingga ke pencuci pinggan mengambil bahag...

KISAH TRAGIS PESAKIT KANSER

Teks:  Zyed Ahmad Hassan Sumber: Rancangan TV dan U-Tube Pada malam semalam 5/2/2017 saya menonton TV dan kebetulan rancangan yang dihoskan oleh Sarkawi Jirim itu menebual Pakar Rawatan Alternatif , Prof Dato Seri Syed Putra Meer  dari Syarikat Kumpulan Jobless Millionaires International mengenai kanser. Dua orang tetamu pesakit kanser ada bersama beliau. Rancangan ini menyingkap semula kisah silam yang dihadapi oleh isteri saya yang ketika itu telah disahkan kanser pancreas tahap 4. Saya memang telah berusaha mencari pengubatan alternatif, Cuma Allah tidak menemukan saya dengan Pakar yang betul dan pada masa yang betul. Setelah 1 tahun menderita, isteri saya  dijemput untuk bertemu Allah pada tahun2004. AlFatihah untuk isteriku. Saya tertarik mengenai kisah Tuan Zamani Mahmud seorang pesakit leukemia dan kanser stage 4. Saya dapatkan sedikit maklumat dan disini saya ingin berkongsi kisah pahit beliau dalam menghadapi tempuh kegelapan serta menjalani rawa...

ANAK PEREMPUAN DONALD TRUMP TARIKAN MEDIA CHINA

Teks:            Zyed Ahmad Hassan Sumber:       StarOnLine Pada hari Rabu, Ivanka dan Arabella telah mengunjungi secara mengejut ke Kedutaan China di Washington untuk mengambil bahagian dalam upacara menyambut Tahun Baru China. Gambar mereka telah dimuatkan dimuka hadapan China Daily pada hari Jumaat. Anak perempuan Donald Trump, Ivanka menyiarkan gambar mereka sedang menyayikan lagu selamat bercuti tahun baru dengan mengunakan papet China tradisional.  Arabella Kushner 5 tahun yang telah pun menarik perhatian di China pada  bulan November lalu apabila dia membacakan  sajak  china zaman dahulu dan video klipnya telah viral di internet. Namun masyarakat China membidas President Trump kerana tidak sensitif dan tidak peduli untuk  mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada mereka.  Surat kabar Global Times mengatakan president sebelum ini Barak Obama dan Bill Clinton dan G Bush sem...

MENGATASI ORANG BERMASAALAH

Teks:  Zyed Ahmad Hassan Orang Bermasaalah (OB) terdapat dimana-mana, dirumah, disekolah dan dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Mereka juga hadir dalam berbagai situasi dan keadaan. Tiada organisasi, terutama organisasi korperat besar, yang betu-betul bebas dari OB. Saya pernah menghadapi situasi begini. Mari kita tinjau permasaalah tersebut semuga mendapat sedikit ibrah yang mungkin boleh diguna pakai ditempat saudara. OB boleh wujud secara individu dan boleh juga terjadi dalam kumpulan, dimana orang perseorangan telah menghasut dan mempengaruhi rakan kerja untuk bergabung dan membentuk satu kumpulan bagi menimbulkan situasi tidak harmoni didalam satu kumpulan tenaga kerja khususnya atau didalam organisasi amnya. Berurusan dengan OB didalam syarikat kecil tidaklah begitu susah. Ia menjadi sedikit sukar dimana terdapat Persatuan Pekerja. Keadaan menjadi lebih tegang apabila OB menggunakan tektik menyerang peribadi dan profesen lawannya. Kebiasaannya OB mudah di ...