👍😄Testimoni dari Puan Rahmah Mokhtar
Petikan dari Facebook beliau.
http://www.rahmahmokhtar.com/2018/03/reviu-buku-budak-kampung-congo.html
Gambar : Penulis bersama Pencetak buku
Buku setebal 224 halaman tulisan Zyed Ahmad Hassan ini baru sahaja terbit.
Naskhah terbit sendiri
ini kaya dengan cerita pengalaman orang lama. Saya menikmati pelbagai
perasaan
yang datang sewaktu membacanya.
Saya terkejut, ketawa besar, tersenyum, cemas, terjerit, menutup mata, dan menangis sepanjang
membacanya.
Melihat judulnya, ada yang menyangka ini himpunan kisah pemuda-pemuda
dari Congo, Afrika.
Tentu sahaja salah tekaan itu, apatah lagi untuk
orang macam saya yang tak pernah tahu Kampung Congo
itu adalah tempat
yang sama dengan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dikatakan, nama itu diberi kerana ia diteroka sekumpulan askar Melayu
yang pernah berkhidmat di Congo.
Sebahagian besar kisah dalam buku ini
meliputi dua lokasi utama; Kampung Congo dan Kampung Jeram.
Sebahagian
lokasi lain hanya disentuh selepas Budak Congo ini memasuki sekolah
menengah dan alam
pekerjaan.
Disusun mengikut kronologi usia watak, saya terhibur membaca kisah-kisah nakal waktu kecilnya. Seronok
mengikuti perjalanannya yang sempat merasa pengalaman 'membuka' kawasan baru. Lebih
menyenangkan, ia sisi cerita Kuala Lumpur pada tahun-tahun awal kemerdekaan yang jarang dapat dilihat.
Paling saya suka, ada pesanan, kata hikmah atau peribahasa yang diselit dalam setiap
episod. Seperti sedang mendengar ayah berkongsi cerita waktu kecilnya, yang kemudian
diseimbangkan dengan nasihat mengenai kehidupan.
![]() |
Saya sangat terkesan dengan peristiwa di lombong. Terkejut dan cemas dibuatnya. Sehingga selepas
beberapa bab ke hadapan pun, saya masih ingat babak itu.
Saya juga senang dengan cara penulis
menyesuaikan pesanan dengan kisah
yang dipilih untuk diceritakan. Antaranya dalam tajuk Merancang
Strategi, diingatkan mengenai usaha untuk mencapai cita-cita yang
dimulakan dengan ayat ini,
"Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tetapi angan-angan."
Juga, meskipun ada beberapa babak berunsur seram dan misteri, saya berpuas hati apabila ia sekali lagi
diseimbangkan dengan pesanan yang baik.
Peristiwa di sekolah asrama membuatkan saya sedih dan kesal. Betapa dadah sudah terlalu lama
menghancurkan anak muda kita. Sehingga sekarang, ia masih
menjadi barah yang merosakkan mentaliti
masyarakat. Penulis bijak
apabila dia mencari jalan menyelesaikan situasi, paling kurang pada
peringkat
yang ada dalam kuasanya waktu itu. Ini sikap penting yang
boleh kita contohi.
Ada satu hal yang sangat menarik, iaitu kisah Latihan Dril Kecemasan di sekolah. Sayang, ia 'terpaksa'
dibiarkan tergantung. Kalaulah ada banyak lagi cerita mengenainya. Kalaulah ....
Jujur, saya berharap dapat membaca lebih banyak cerita zaman pekerjaan.
Cabaran yang dihadapi dalam
membangunkan anak syarikat, sehinggalah
dilantik menjadi kemudi. Tetapi, kata penulis ia sengaja
disimpan untuk
dimuatkan dalam buku kedua.
Tidak mahu bongkar terlalu banyak sebenarnya, tetapi tahu-tahu tulisan saya sudah panjang begini.
Ya, ini kisah orang biasa yang berusaha keras mencapai cita-cita.
Akhir kata, selamat maju jaya Tuan Zyed Ahmad Hassan!
Terima kasih Puan Rahmah Mokhtar, Editor.


Comments
Post a Comment