Teks: Zyed Ahmad Hassan
Orang Bermasaalah (OB)
terdapat dimana-mana, dirumah, disekolah dan dalam sesebuah syarikat atau
organisasi. Mereka juga hadir dalam berbagai situasi dan keadaan. Tiada
organisasi, terutama organisasi korperat besar, yang betu-betul bebas dari OB.
Saya pernah menghadapi situasi begini. Mari kita tinjau permasaalah tersebut
semuga mendapat sedikit ibrah yang mungkin boleh diguna pakai ditempat saudara.
OB boleh wujud secara
individu dan boleh juga terjadi dalam kumpulan, dimana orang perseorangan telah
menghasut dan mempengaruhi rakan kerja untuk bergabung dan membentuk satu
kumpulan bagi menimbulkan situasi tidak harmoni didalam satu kumpulan tenaga kerja
khususnya atau didalam organisasi amnya. Berurusan dengan OB didalam syarikat
kecil tidaklah begitu susah. Ia menjadi sedikit sukar dimana terdapat Persatuan
Pekerja. Keadaan menjadi lebih tegang apabila OB menggunakan tektik menyerang
peribadi dan profesen lawannya.
Kebiasaannya OB mudah
di kenalpasti dan diasingkan. Jika individu, mungkin dia menjadi orang pendiam
dan mengasingkan diri. Secara amnya terdapat
ciri-ciri negative yang antara lain :
· tidak suka mendengar nasihat
· gagal memenuhi komitment pekerjaan
· lantang mengkritik ketua, pentadbiran dan organisasi
· Membentuk kumpulan penentang
· Mencari nama dan publisiti
· Bersaing untuk berkuasa
· Mencuri
perhatian pihak-pihak tertentu untuk mengetengahkan diri
· Merapati ketua-ketua unit yang
bersimpati dengan mereka dan mempergunakan kedudukan ketua mereka
OB mesti diatasi dengan
hikmah. Jangan sesekali menggunakan kedudukan atau kuasa eksekutif yang ada
pada kita untuk bertindak secara mutlak. Pokok tidak akan bergoncang jika tiada
angin. Ada doktor adalah pesakit. Begitu juga, tiada masaalah yang tiada penyelesaiannya.
Masaalah perlu dirawat secara professional, adakan perbincangan, pertemuan
empat mata atau pertemuan meja bulat. Berbincang dalam keadaan yang tenang dan
harmoni apabila semua pihak terlibat sudah setuju untuk bermuzakarah. Kita
sebagai ketua yang akan menghadapi situasi tersebut mesti dalam keadaan stabil
fikiran dan emosi. Sebagai seorang muslim, eloklah bermunajat dan meminta petunjuk
dan pertolongan Allah sebelum memulakan sesuatu perbincangan atau perdebatan.
Perkara perlu kita
lakukan termasuk:
· . Menyenaraikan permasaalahan, kenapa
berlaku, bagaimana boleh terjadi, sejak bila masaalah tersebut timbul dan siapa
memulakan atau menghadapi peringkat awal. Daripada senarai tersebut mana atau
apa masaalah paling meruncing, mana yang telah berkurangan dan mana yang
bertambah kronik. Apa pula impaknya terhadap produktiviti, pelanggan dan
prestasi.
· Senaraikan kelemahan pekerja dan
pentadbiran. Perbincangan hati ke hati.
· Buka gelanggang untuk menerima saranan, cadangan
dan teguran. Terima semua saranan, cadangan dan teguran dengan hati terbuka dan
berjanji untuk di laksana mana-mana yang membawa kebaikan dan perubahan
positif.
· Bayangkan kita berada didalam situasi
mereka ( dalam kasut mereka) untuk menyelami permasaalahan tersebut. Apakah
agaknya agenda kita?. Kelemahan apa yang mereka cuba ambil kesempatan dan
kehebatan atau kekuatan siapa pula yang cuba mereka elak atau hindari.
· Menyelesaikan setiap masaalah satu
persatu serta merekodkan perubahan dan prestasi dan iklankan perkembangan
tersebut.
· Berkomunikasilah dengan setiap orang
pekerja. Jangan ada yang terasing. Orang yang kita jarang bercakap dengannya
mungkin juga sebutir mutiara duduk diam tersorok. Dia mungkin ada buah fikran
yang bagus yang kita mungkin tidak pernah untuk mencungkilnya. Dia pemerhati kepada
setiap geraklaku didalam organisasi dan kemungkinan mempunyai cadangan penyelesaian
yang praktikal.
· Bertanya dan ambil pendapat setiap
pekerja. Dalam zaman teknologi tinggi, perkara ini boleh didapati dengan
berbagai cara. Fikir kita mesti keluar
dari kotak atau kepongpong persekitaran
kita. Fikir positif. Jangan segan dan
silu dan terasa rendah diri atau kurang integri jika melaksanakan cadangan
orang lain.
· Jika kita terasa terteka atau stress,
muhasabah diri. Dan yang jarang orang buat ialah ambil beberapa hari cuti pendek atau pergi
main golf sambil mencari ilham untuk mnyelesaikan masaalah di tempat kerja.
· Akhir sekali, menyemak prestasi setiap
minggu dan bulan. Berikan mereka yang terlibat masaalah dan lain-lain pekerja ucapan
tahniah untuk menambah motivasi untuk bekerjasama.
· Hargai setiap pencapaian. Beri insentif
jika perlu.
· Amalkan komunikasi dua hala sebagai
amalan harian untuk mewujudkan rasa kekitaan
· Ketua –ketua jangan sombong terhadap
pekerja. Tiada pekerja , anda pun tiada kerja.
Saya pasti dengan
pendekatan diatas, insyaAllah masaalah dapat diatasi tanpa sesiapa dikenakan
tindakan disiplin. Selamat bekerja.
Comments
Post a Comment