Skip to main content

ANAK PEREMPUAN DONALD TRUMP TARIKAN MEDIA CHINA

Teks:            Zyed Ahmad Hassan
Sumber:       StarOnLine

Pada hari Rabu, Ivanka dan Arabella telah mengunjungi secara mengejut ke Kedutaan China di Washington untuk mengambil bahagian dalam upacara menyambut Tahun Baru China. Gambar mereka telah dimuatkan dimuka hadapan China Daily pada hari Jumaat. Anak perempuan Donald Trump, Ivanka menyiarkan gambar mereka sedang menyayikan lagu selamat bercuti tahun baru dengan mengunakan papet China tradisional. 

Arabella Kushner 5 tahun yang telah pun menarik perhatian di China pada  bulan November lalu apabila dia membacakan  sajak  china zaman dahulu dan video klipnya telah viral di internet.
Namun masyarakat China membidas President Trump kerana tidak sensitif dan tidak peduli untuk  mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada mereka. 

Surat kabar Global Times mengatakan president sebelum ini Barak Obama dan Bill Clinton dan G Bush semua telah mengutus dan mengucap Selamat Tahun Baru kepada pemimpin peminpin Asian yang menyambut temasya tersebut. 

Tahun Baru China di anggap hari kelepasan  tradisi yang penting untuk masyarakat China yang disambut dengan perjumpaan keluarga, makan besar dan bertukar tukar ucap selamat antara kawan, saudara dan para pekerja. Ia diraikan di kebanyakkan Negara Asian dan olih komuniti china seluruh dunia.

Pengguna internet China  bengang kerana  Trump tidak menghormati mereka.

Komen dari warga internet menganggap sikap Trump dan pentadbitan Rumah Putih bersifat prejudis ,teruk dan disengajakan. Kerana Trump telah menuduh China memanipulasi mata wang untuk mencari keuntungan dari kenaikan nilai dan mengancam untuk mengenakan tariff impot dari China sebanyak 45%. Trump juga mengkritik China sebab menambah kekuatan tentera di Laut China Selatan di samping menuduh China tidak mengenakan tekanan terhadap program nuclear dan peluru berpandu Korea Utara.

Bagaimanapun rata rata orang ramai di China menghargai sikap Ivanka dan Arabella sebagai tanda persehabatan walaupun tiada ucap selamat dari President Trump.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...