Teks: Zyed Ahmad Hassan
Sumber: Rancangan TV dan U-Tube
Pada malam semalam
5/2/2017 saya menonton TV dan kebetulan rancangan yang dihoskan oleh Sarkawi
Jirim itu menebual Pakar Rawatan Alternatif , Prof Dato Seri Syed Putra
Meer dari Syarikat Kumpulan Jobless
Millionaires International mengenai kanser. Dua orang tetamu pesakit kanser ada
bersama beliau. Rancangan ini menyingkap semula kisah silam yang dihadapi oleh
isteri saya yang ketika itu telah disahkan kanser pancreas tahap 4. Saya memang
telah berusaha mencari pengubatan alternatif, Cuma Allah tidak menemukan saya
dengan Pakar yang betul dan pada masa yang betul. Setelah 1 tahun menderita, isteri saya
dijemput untuk bertemu Allah pada tahun2004. AlFatihah untuk isteriku.
Saya tertarik mengenai
kisah Tuan Zamani Mahmud seorang pesakit leukemia dan kanser stage 4. Saya
dapatkan sedikit maklumat dan disini saya ingin berkongsi kisah pahit beliau
dalam menghadapi tempuh kegelapan serta menjalani rawatan sehingga beliau kini
disahkan bebas dari sebarang penyakit.
Zamani Mahmud sekarang
berusia 63 tahun. Beliau mula-mula mendapat sakit 5 tahun dulu. Ia bermula
dengan hilang selera makan, berat badan berkurangan, susah bernafas dan hilang
tenaga untuk melakukan senaman. Sakit
beliau diikuti dengan beberapa siri demam dan hidung berdarah. Setelah beliau
berjumpa Doktor dan melakukan beberapa ujian, pihak hospital memaklumkan bahawa
beliau ada masaalah darah. Dengan berat hati beliau bersetuju untuk membuat
CTScan dan hasilnya menunjukkan beliau disahkan mengidap EML2. EML2 adalah kod
untuk sejenis penyakit berangkaian dengan penyakit darah,leukemia, kanser dan
sebagainya. Ketika itu barulah beliau sedar bahawa beliau mengidap leukemia dan
kanser penyakit yang mengancam nyawa. Tidak dapat dibayangkan perasaannya,
sedih dan terharu, namun takdir Allah tiada siapa dapat menidakkan dan beliau
terima berita itu dengan taqwa dan rela hati. Beliau dirujuk sekali lagi
kepihak perubatan dan doktor mengesahkan memang beliau mengidap EML2.
Setelah beliau
mengadakan beberapa siri perbincangan, beliau disarankan untuk menjalani 4
pusingan kemoterapi. Ini soal hidup dan mati. Beliau tiada pilihan dan menerima
saranan tersebut tanpa mengambil pendapat kedua atau ketiga. Serta merta selepas
itu beliau menjalani kemoterapi. Peringkat pertama berjalan selama 1 bulan.
Pada peringkat awal rawatan, beliau rasa selesa tetapi selepas pusingan pertama
beliau mula demam berselang selang. Baik, demam, baik dan demam semula. Masa
itu beliau dan doktor tak pasti kedudukannya sama ada itu petanda bertambah
baik atau sebaliknya. Cuma yang pasti beliau bertambah lemah.
Kemudia beliau melalui
Pusingan ke2 kemoterpi selama 7 hari. Kali ini rambut mula gugur dan beliau
sudah hilang tenaga untuk berjalan. Keadaan bertambah tenat, selepas 15 hari
beliau hilang segala kudrat untuk berjalan, bukan lagi menggunakan kerusi roda
tetapi terus terlantar diatas katil. Beliau terbaring selama 45 hari. Banyak
persoalan timbul, selepas berbincang dan berbincang doktor mengambil keputusan
untuk membuat CTScan lagi dan XRay. Sedih dan letih kerana beliau terpaksa menghadapi prosedur ini
setiap 2 hari. Masa berjalan tiada penyelesaian. Kerana sebok memikirkan
masaalah yang dihadapai, tidak sedar beliau sudah terlantar diatas katil
hospital selama 6 bulan.
Para doktor mahu
meneruskan kemoterapi Pusingan ke3. Waktu itu penyakit Tuan Zamani sudah
mencapai tahap 4. Tuan Zamani mengadu sakit perut. Pemeriksaan dilakukan,
doktor sarankan untuk melakukan pembedahan di sebelah kanan perut. Oleh kerana terlalu lemah dan pada usia
sedemikian, beliau menolak nasehat doktor untuk meneruskan kemoterapi dan
pembedahan. Selepas keputusan dibuat,
pihak hospital tidak lagi berbuat apa-apa dan beliau cuma dibekalkan
dengan ubat penahan sakit. Beliau berada
dalam keadaan tersebut selama 1
minggu. Doktor sudah habis ikhtiar. Terlantar di hospital pun sudak tidak ada
guna, jadi keluarganya membawa beliau
keluar dan tinggal dirumah.
Suatu hari anak menantu
perempuan beliau mencadangkan perubatan alternatif. Atas persetujuan bahawa
tiada rugi mencuba rawatan lain, beliau dibawa berjumpa Prof Dato Seri Syed
Putra Meer, seorang Pakar Perubatan Alternatif, Syarikat Kumpulan Jobless
Millionaires International. Pertama kali Prof
tengok Zamani, beliau di suruh makan ubat untuk memberi tenaga. Esoknya
Tuan Zamani dibawa sekali lagi keKlinik Prof Syed Putra untuk mengambil sample
darah. Dalam 2 jam sudah dapat keputusan. Mengikut kajian Prof Syed Putra, Zamani cuma ada 5 hari untuk bertahan dan Prof
syorkan agar Tuan Zamani mengambil rawatan segera (Fast Track Treatment) tetapi
sebelum itu dia memerlukan 2 paint darah
untuk disalurmasuk ketubuh Zamani yang sudah teruk. Keluarga Zamani cuba
mendapatkan dari hospital tempat rawatannya tetapi permohonannya tidak berjaya.
Habis ikhtiar. Dengan bantuan Prof Syed Putra, dia mendapat bekalan darah
tersebut dari Putra Medical Centre Melaka.
Alhamdulillah. Segera selepas itu Zamani menjalankan rawatan rapi selama
90 hari. Beliau dibekalkan sebakul ubat ubatan
dan terpaksa menelan 40-50 biji kapsul setiap jam dari jam 7 pagi hingga
2 pagi keesokkan hari. Bayangkan sebegitu banyak ubat sehingga beliau kata dia tidak mampu menelannya. Terbayang soal hidup atau
mati, maka suka atau tidak beliau meneruskan dengan keterpaksaan. Allah juga
yang Maha Berkuasa. Dia mahu hambanya hidup lagi. Lima hari pertama rawatan,
dia muntah dan berak setiap jam, kesukaran dan cabaran yang terpaksa dilalui.. Allah
hu Akbar, dia masih panjang umur. Itu ramalan doktor, tapi Allah tahu kerjaNya.
Semua berkat kasih sayang Allah. Selepas satu minggu, beliau sudah nampak
perubahan, sudah ada seleras makan dan sudah boleh berjalan. Masya Allah.
Namun aturan Prof Syed
mesti diikuti. Dietnya sangat ketat. Makanan dan minuman dikawal ketat. Tidak
boleh ambil gula, susu, makan berprotein, soya, kacang, daging, ayam, kopi,
biskut, roti, kicap, makan mengandoungi sodium nitrate dan MSG dan satu senarai
panjang untuk dipatuhi.
Semasa rawatan lanjutan
bersama Pro Syed Putra, Tuan Zamani sehat dan tidak demam. Selepas 90 hari
ujian darah dilakukan dan hasilnya menunjukkan keputusan yang positif. Beliau
sudah bersemangat tinggi, penuh keyakian, bertenaga serta berselera untuk makan
dan minum.
Prof Syed menerus
rawatan untuk Zamani. Kali ini dia dibekalkan lagi ubat-ubatan untuk tempoh 6
bulan untuk mengubati organ organ dalaman lain yang bermasaalah sebelum ini.
Dalam tempoh tersebut, beliau menjalani hidup saperti biasa tapi penuh pantang
larang. Habis sahaja tempuh tersebut, ujian darah dibuat sekali lagi. Syukur
Alhamdulillah, Allah memberikan kesembuhan yang sempurna. Beliau disahkan tiada
lagi leukemia dan tiada lagi kanser. Kata beliau, pertama kali selepas disahkan
sembuh beliau kemaruk nak minum teh tarik. Maka minumlah dia untuk melepas
gian. Semua baik baik sehingga kini. Tuan Zamani melalui saat pahit untuk hidup
5 hari, kini Allah panjangkan umurnya melepasi 5 tahun. Itulah takdir Allah.
Nyawa kita ditanganNya. Ada orang tidak sempat mendapat rawatan, manakala yang
lain Allah beri peluang lagi. Ambillah kisah ini sebagai pengajaran kepada
kita. Dalam keadaan hidup dan mati, sepatutunya pihak pihak tertentu longgarkan
sedikit birokrasi. Namun itu semua telah ditakdir dan diatur oleh Allah. Ketika
sakit banyakkan istigfar dan ingat Allah. Kerana itulah hikmah orang sakit,
ingat Allah lebih dari waktu senag dan sihat. Oleh itu sentiasalah kita ingat
kepada Allah serta mensyukuri apa jua yang diberikan kepada kita. Begitulah
sedutan kisah tragis Tuan Zamani yang dapat saya kongsikan. Semoga memberikan
pengajaran dan keinsafan kepada kita semua.
Apabila saya didiagnosis menghidap kanser tahap 4, saya berasa benar-benar putus asa. Doktor-doktor telah menyediakan saya untuk menghadapi kemungkinan terburuk, dan saya diliputi ketakutan dan ketidakpastian. Dalam masa yang sukar itu, saya telah menerima pelbagai testimoni daripada orang ramai, bagaimana mereka sembuh melalui perubatan Herba Dr Dawn, dan menghubunginya melalui WhatsApp beliau: ( +2349046229159 )
ReplyDeleteDia berjanji kepada saya bahawa saya akan sembuh semula dalam masa 1 bulan selepas saya menjelaskan semuanya kepadanya, saya memesan ubat herba tersebut dan mengikuti arahannya. Hari ini, saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Segala puji bagi Tuhan kerana memberi saya kekuatan, bimbingan, dan penyembuhan. Saya bebas sepenuhnya dan ia telah disahkan secara perubatan. Malah seorang rakan sekerja saya juga telah sembuh melalui herba Dr DAWN.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi penyakit yang serius, sila berunding dengan Dr Dawn. Dan jangan pernah berputus asa. Kerana dia pasti akan menyembuhkan anda
WhatsApp beliau: +2349046229159
Emel: dawnacuna314@gmail.com