Skip to main content

SEHARI TANPA PENDATANG

Teks: Zyed Ahmad Hassan
Foto : Sumber Google

Kebanyakan  restoran di  Washington DC, Philadelphia, Autin, Boston, Texas , St Paul , Minn dan beberapa Bandar besar  menutup perniagaan mereka hari ini  Kamis 15/2 2017 atas keperihatinan mereka terhadap nasib pendatang di Amerika.  Mereka berkata  pendatang –pendatang  sama ada yang masuk secara sah atau tidak sah telah banyak membantu ekonomi Amerika dari segi perkhidmatan kolar biru mahu pun kolar putih.





Kumpulan aktivis dan NGO dan lain lain badan social telah menggerakkan ahli mereka untuk berkempen dan menyertai demonstrasi terhadap polisi President Trump yang menghad dan menahan dan menghantar pulang  pendatang dari memasuki Amerika.  Turut menjadi isu  kontrovesi terhadap pendatang dari Mexico dan pembinaan tembok pemisah.

Pagar pemisah antara USA dan Mexico sudah bermula

Ramai pekerja dari Doktor, peguam hingga ke pencuci pinggan mengambil bahagian dalam apa yang di gambarkan sebagai   protes terhadap polisi ganas Trump terhadap pendatang serta layanan dan diskriminasi terhadap orang Islam. Tindakan tersebut mahu  memberi semangat kepada pendatang yang  banyak berjasa kepada ekonomi  Negara Uncle Sam itu. Turut serta pelajar dibebrapa pusat pengajian. Walaupun ada majikan yang akan memotong gaji pekerja pada hari tersebut, ramai pekerja berpendapat  mereka tidak kesah sebab hari tersebut di anggap sebagai pengorbanan mereka terhadap diskriminasi kemanusiaan.  


Comments

Popular posts from this blog

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...