Selepas banjir itu, rumah kami di Kampung Seputeh telah dinaiktaraf. Lebih besar, luas dan diperbuat
daripada campuran konkrit dan kayu. Taraf ekonomi sahaja yang masih di takuk lama.
Tiga tahun selepas peristiwa Banjir Besar, abah telah membuat keputusan untuk berpindah. Emak dan
abah mempunyai pilihan untuk berada di Kuala Lumpur atau balik ke kampung asal. Mereka berasal
dari Kampung Jeram. Namun abah cenderung untuk menetap di Kuala Lumpur buat seketika. Bagi
merungkai keputusan yang lebih adil, Allah tempat mengadu dan meminta. Dialah sebaik-baik tempat
rujukan dan tempat mendapatkan penyelesaian. Akhirnya satu keputusan dibuat dan kami tidak jadi
balik ke kampung. Sebaliknya, kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.
Abah mempunyai rancangannya yang tersendiri, ingin mengambil peluang untuk belajar di kelas
malam dan mencari pekerjaan tetap. Peluang untuk belajar di kampung agak tipis. Belajar agama pula
tidak diketepikan. Saudara abah, Ustaz Othman dari kampung berkunjung ke rumah kami setiap bulan
untuk mengajar agama, Al-Quran, Tauhid dan Fardu Ain bagi memantapkan akidah.
Ghalibnya, Ustaz Othman akan berada di rumah kami selama tiga atau empat hari. Aku masih ingat
pagi-pagi dia akan mendendangkan nasyid. Sedap dan merdu! Mungkin juga dia hendak menghiburkan
hatinya yang keseorangan dan masih bujang. Sepanjang kehadirannya,
dialah ‘radio’ kami.
(Petikan dari Bab Kampung Congo)
(Petikan dari Bab Kampung Congo)
Comments
Post a Comment