“Ya
Allah, Astagfirullah, bangun.. bangun.”
Itu saja perkataan yang keluar dari mulut. Semua orang
cemas, emak dan
abah cepat-cepat mengarahkan kami bersedia untuk keluar. Emak membuka pintu
bagi laluan kepada anggota bomba. Beberapa orang anggota bomba masuk dengan
lampu suloh di topi
mereka terpasang sambil mensasarkan suluhan ke setiap
penjuru di dalam rumah.
“Ada
berapa orang dalam rumah?” ahli bomba
bertanya. Tidak sempat emak hendak menjawab, soalan
kedua pula diajukan.
“Ada kanak-kanak ke?” Emak pantas menjawab.
“Ada
seorang kanak-kanak, lima orang dewasa semua,”
sambil menunjuk ke arah aku yang masih
terbaring.
Abah
dan kakak-kakak sudah tidak kedengaran suara mereka. Seorang anggota bomba
menyambar aku
dari katil, segera mendukung anak kecil itu dan dia bergegas
mengharungi air dan keluar dari rumah.
Kocakan air semakin kuat. Di luar, hujan masih turun. Curahan air di atas
bumbung zink makin jelas
kedengaran dan bertambah kuat. Beberapa tempat di bumbung
mulai bocor. Dalam keadaan kelam-
kabut dan kesejukan, ahli bomba
menggunakan selimut untuk membaluti tubuh-tubuh kerdil yang
menggigil kesejukan.
Kedengaran
anggota bomba lain memekik memberi arahan supaya cepat-cepat keluar. Emak tidak
berapa dengar setiap patah perkataan yang mereka cakap. Mungkin arahan untuk menyelamatkan diri.
Semua
orang bertambah cemas manakala paras air semakin naik. Emak pun sudah tidak perasan di
mana aku,
kakak-kakak dan abah. Saat itu saperti
hidup dan mati. Allah sahaja yang tahu perasaan
ibu-
ibu, melihat anak-anak mereka dibawa pergi.
Emak
adalah orang terakhir dipindahkan keluar dari rumah kami. Alhamdulillah, hasil
kerja yang
cekap oleh ahli-ahli bomba,
kami semua ditempatkan di dalam bot yang telah sedia menunggu,
walaupun
di dalam bot yang berlainan. Untuk seketika aku terpisah dari kaum keluarga.
Allah hu
Akbar, semuanya saperti telah diatur. Akhirnya kami dikumpul di satu
tempat dan di situlah masing-
masing bertemu semula kaum keluarga.
(Petikan dari Buku Budak Kampung Congo.-Banjir Besar Di Kuala Lumpur)
Comments
Post a Comment