Skip to main content

KISAH TRAGIS PESAKIT KANSER

Teks:  Zyed Ahmad Hassan
Sumber: Rancangan TV dan U-Tube

Pada malam semalam 5/2/2017 saya menonton TV dan kebetulan rancangan yang dihoskan oleh Sarkawi Jirim itu menebual Pakar Rawatan Alternatif , Prof Dato Seri Syed Putra Meer  dari Syarikat Kumpulan Jobless Millionaires International mengenai kanser. Dua orang tetamu pesakit kanser ada bersama beliau. Rancangan ini menyingkap semula kisah silam yang dihadapi oleh isteri saya yang ketika itu telah disahkan kanser pancreas tahap 4. Saya memang telah berusaha mencari pengubatan alternatif, Cuma Allah tidak menemukan saya dengan Pakar yang betul dan pada masa yang betul. Setelah 1 tahun menderita, isteri saya  dijemput untuk bertemu Allah pada tahun2004. AlFatihah untuk isteriku.

Saya tertarik mengenai kisah Tuan Zamani Mahmud seorang pesakit leukemia dan kanser stage 4. Saya dapatkan sedikit maklumat dan disini saya ingin berkongsi kisah pahit beliau dalam menghadapi tempuh kegelapan serta menjalani rawatan sehingga beliau kini disahkan bebas dari sebarang penyakit.

Zamani Mahmud sekarang berusia 63 tahun. Beliau mula-mula mendapat sakit 5 tahun dulu. Ia bermula dengan hilang selera makan, berat badan berkurangan, susah bernafas dan hilang tenaga  untuk melakukan senaman. Sakit beliau diikuti dengan beberapa siri demam dan hidung berdarah. Setelah beliau berjumpa Doktor dan melakukan beberapa ujian, pihak hospital memaklumkan bahawa beliau ada masaalah darah. Dengan berat hati beliau bersetuju untuk membuat CTScan dan hasilnya menunjukkan beliau disahkan mengidap EML2. EML2 adalah kod untuk sejenis penyakit berangkaian dengan penyakit darah,leukemia, kanser dan sebagainya. Ketika itu barulah beliau sedar bahawa beliau mengidap leukemia dan kanser penyakit yang mengancam nyawa. Tidak dapat dibayangkan perasaannya, sedih dan terharu, namun takdir Allah tiada siapa dapat menidakkan dan beliau terima berita itu dengan taqwa dan rela hati. Beliau dirujuk sekali lagi kepihak perubatan dan doktor mengesahkan memang beliau mengidap EML2.

Setelah beliau mengadakan beberapa siri perbincangan, beliau disarankan untuk menjalani 4 pusingan kemoterapi. Ini soal hidup dan mati. Beliau tiada pilihan dan menerima saranan tersebut tanpa mengambil pendapat kedua atau ketiga. Serta merta selepas itu beliau menjalani kemoterapi. Peringkat pertama berjalan selama 1 bulan. Pada peringkat awal rawatan, beliau rasa selesa tetapi selepas pusingan pertama beliau mula demam berselang selang. Baik, demam, baik dan demam semula. Masa itu beliau dan doktor tak pasti kedudukannya sama ada itu petanda bertambah baik atau sebaliknya. Cuma yang pasti beliau bertambah lemah.

Kemudia beliau melalui Pusingan ke2 kemoterpi selama 7 hari. Kali ini rambut mula gugur dan beliau sudah hilang tenaga untuk berjalan. Keadaan bertambah tenat, selepas 15 hari beliau hilang segala kudrat untuk berjalan, bukan lagi menggunakan kerusi roda tetapi terus terlantar diatas katil. Beliau terbaring selama 45 hari. Banyak persoalan timbul, selepas berbincang dan berbincang doktor mengambil keputusan untuk membuat CTScan lagi dan XRay. Sedih dan letih  kerana beliau terpaksa menghadapi prosedur ini setiap 2 hari. Masa berjalan tiada penyelesaian. Kerana sebok memikirkan masaalah yang dihadapai, tidak sedar beliau sudah terlantar diatas katil hospital selama 6 bulan.

Para doktor mahu meneruskan kemoterapi Pusingan ke3. Waktu itu penyakit Tuan Zamani sudah mencapai tahap 4. Tuan Zamani mengadu sakit perut. Pemeriksaan dilakukan, doktor sarankan untuk melakukan pembedahan di sebelah kanan perut.  Oleh kerana terlalu lemah dan pada usia sedemikian, beliau menolak nasehat doktor untuk meneruskan kemoterapi dan pembedahan. Selepas keputusan dibuat,  pihak hospital tidak lagi berbuat apa-apa dan beliau cuma dibekalkan dengan ubat penahan sakit. Beliau berada  dalam keadaan tersebut  selama 1 minggu. Doktor sudah habis ikhtiar. Terlantar di hospital pun sudak tidak ada guna, jadi  keluarganya membawa beliau keluar dan tinggal dirumah.

Suatu hari anak menantu perempuan beliau mencadangkan perubatan alternatif. Atas persetujuan bahawa tiada rugi mencuba rawatan lain, beliau dibawa berjumpa Prof Dato Seri Syed Putra Meer, seorang Pakar Perubatan Alternatif, Syarikat Kumpulan Jobless Millionaires International. Pertama kali Prof  tengok Zamani, beliau di suruh makan ubat untuk memberi tenaga. Esoknya Tuan Zamani dibawa sekali lagi keKlinik Prof Syed Putra untuk mengambil sample darah. Dalam 2 jam sudah dapat keputusan. Mengikut kajian Prof Syed Putra,  Zamani cuma ada 5 hari untuk bertahan dan Prof syorkan agar Tuan Zamani mengambil rawatan segera (Fast Track Treatment) tetapi sebelum itu dia memerlukan 2 paint  darah untuk disalurmasuk ketubuh Zamani yang sudah teruk. Keluarga Zamani cuba mendapatkan dari hospital tempat rawatannya tetapi permohonannya tidak berjaya. Habis ikhtiar. Dengan bantuan Prof Syed Putra, dia mendapat bekalan darah tersebut dari Putra Medical Centre Melaka.  

Alhamdulillah. Segera selepas itu Zamani menjalankan rawatan rapi selama 90 hari. Beliau dibekalkan sebakul ubat ubatan  dan terpaksa menelan 40-50 biji kapsul setiap jam dari jam 7 pagi hingga 2 pagi keesokkan hari. Bayangkan sebegitu banyak ubat sehingga  beliau kata dia tidak  mampu menelannya. Terbayang soal hidup atau mati, maka suka atau tidak beliau meneruskan dengan keterpaksaan. Allah juga yang Maha Berkuasa. Dia mahu hambanya hidup lagi. Lima hari pertama rawatan, dia muntah dan berak setiap jam, kesukaran dan cabaran yang terpaksa dilalui.. Allah hu Akbar, dia masih panjang umur. Itu ramalan doktor, tapi Allah tahu kerjaNya. Semua berkat kasih sayang Allah. Selepas satu minggu, beliau sudah nampak perubahan, sudah ada seleras makan dan sudah boleh berjalan. Masya Allah.

Namun aturan Prof Syed mesti diikuti. Dietnya sangat ketat. Makanan dan minuman dikawal ketat. Tidak boleh ambil gula, susu, makan berprotein, soya, kacang, daging, ayam, kopi, biskut, roti, kicap, makan mengandoungi sodium nitrate dan MSG dan satu senarai panjang untuk dipatuhi.
Semasa rawatan lanjutan bersama Pro Syed Putra, Tuan Zamani sehat dan tidak demam. Selepas 90 hari ujian darah dilakukan dan hasilnya menunjukkan keputusan yang positif. Beliau sudah bersemangat tinggi, penuh keyakian, bertenaga serta berselera untuk makan dan minum.


Prof Syed menerus rawatan untuk Zamani. Kali ini dia dibekalkan lagi ubat-ubatan untuk tempoh 6 bulan untuk mengubati organ organ dalaman lain yang bermasaalah sebelum ini. Dalam tempoh tersebut, beliau menjalani hidup saperti biasa tapi penuh pantang larang. Habis sahaja tempuh tersebut, ujian darah dibuat sekali lagi. Syukur Alhamdulillah, Allah memberikan kesembuhan yang sempurna. Beliau disahkan tiada lagi leukemia dan tiada lagi kanser. Kata beliau, pertama kali selepas disahkan sembuh beliau kemaruk nak minum teh tarik. Maka minumlah dia untuk melepas gian. Semua baik baik sehingga kini. Tuan Zamani melalui saat pahit untuk hidup 5 hari, kini Allah panjangkan umurnya melepasi 5 tahun. Itulah takdir Allah. Nyawa kita ditanganNya. Ada orang tidak sempat mendapat rawatan, manakala yang lain Allah beri peluang lagi. Ambillah kisah ini sebagai pengajaran kepada kita. Dalam keadaan hidup dan mati, sepatutunya pihak pihak tertentu longgarkan sedikit birokrasi. Namun itu semua telah ditakdir dan diatur oleh Allah. Ketika sakit banyakkan istigfar dan ingat Allah. Kerana itulah hikmah orang sakit, ingat Allah lebih dari waktu senag dan sihat. Oleh itu sentiasalah kita ingat kepada Allah serta mensyukuri apa jua yang diberikan kepada kita.   Begitulah sedutan kisah tragis Tuan Zamani yang dapat saya kongsikan. Semoga memberikan pengajaran dan keinsafan kepada kita semua.

Comments

  1. Apabila saya didiagnosis menghidap kanser tahap 4, saya berasa benar-benar putus asa. Doktor-doktor telah menyediakan saya untuk menghadapi kemungkinan terburuk, dan saya diliputi ketakutan dan ketidakpastian. Dalam masa yang sukar itu, saya telah menerima pelbagai testimoni daripada orang ramai, bagaimana mereka sembuh melalui perubatan Herba Dr Dawn, dan menghubunginya melalui WhatsApp beliau: ( +2349046229159 )

    Dia berjanji kepada saya bahawa saya akan sembuh semula dalam masa 1 bulan selepas saya menjelaskan semuanya kepadanya, saya memesan ubat herba tersebut dan mengikuti arahannya. Hari ini, saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Segala puji bagi Tuhan kerana memberi saya kekuatan, bimbingan, dan penyembuhan. Saya bebas sepenuhnya dan ia telah disahkan secara perubatan. Malah seorang rakan sekerja saya juga telah sembuh melalui herba Dr DAWN.

    Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi penyakit yang serius, sila berunding dengan Dr Dawn. Dan jangan pernah berputus asa. Kerana dia pasti akan menyembuhkan anda

    WhatsApp beliau: +2349046229159
    Emel: dawnacuna314@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...