Menulis adalah satu usaha yang hebat. Tulisan yang baik dan membawa munafaat kepada ummah menjadikan ia satu ibadah.
Sebelum memula dan menghasilkan sesuatu penulisan eloklah disemaikan niat. Kemudian disusuli dengan fokus ke mana hendak dituju atau disampaikan niat tersebut.
Dalam dunia penulisan kita mencari fokus bidang dan sasaran. Lebih tepat kita menjurus kepada golongan sasaran.
Pertama kali kita menulis tanpa ilmu akan menghadapi berbagai masalah.Walaupun ramai yang boleh menulis, ramai juga yang tidak menulis dengan cara yang betul. Termasuk diri saya sendiri.😓
Pertama kali kita menulis tanpa ilmu akan menghadapi berbagai masalah.Walaupun ramai yang boleh menulis, ramai juga yang tidak menulis dengan cara yang betul. Termasuk diri saya sendiri.😓
Penulisan pertama saya dibuat atas dasar mahu menyiapkan tugasan sulung. Ketika itu memang cetek ilmu.
Bagaimanapun usaha tetap diteruskan atas dasar jika tidak bermula, jika tidak ada langkah pertama tidak mungkin saya dapat meneruskan langkah seterusnya.
Penulis terpaksa menerima hakikat hasil sulungnya tidak dapat mencapai standard dan sasaran. Jangan pula kelemahan itu menjadi batu penghalang untuk terus berkarya.
Biar manusia melihat kegagalan kita. Pandangan mereka tentunya lain dari pandangan Allah melihat kegagalan kita. Jangan merasa diri lemah.
Saya sedar bahawa mendapatkan ilmu mesti berguru. Ilmu yang akan didapati melalui berguru tentu juga mengambil sedikit waktu.
Saya sedar bahawa mendapatkan ilmu mesti berguru. Ilmu yang akan didapati melalui berguru tentu juga mengambil sedikit waktu.
Kemungkinan satu guru tidak memadai. Imam Shafie sendiri mempunyai lebih dari 19 orang guru.
Lain guru mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Jangan kita membuat andaian yang melulu.
Setiap sesuatu yang dikatakan ilmu ada kebaikannya. Kita boleh meraikan untuk mencari persamaannya.
😌Saya suka kaitkan setiap usaha dengan ketentuan dan bantuan Allah. Kejayaan seseorang sebenarnya bukanlah atas usaha diri nya sendiri.
😌Saya suka kaitkan setiap usaha dengan ketentuan dan bantuan Allah. Kejayaan seseorang sebenarnya bukanlah atas usaha diri nya sendiri.
Janganlah kita mendabik dada bahawa kejayaan kita sebab usaha penat lelah siang dan malam dan hasil perbelanjaan jutaan ringgit yang telah kita habiskan.
Jika bukan dengan keizinan daripada Allah, ia tidak akan berlaku. Kalau itu yang dicanangkan, jadilah orang itu sama saperti Walid bin Mas'ab ( firaun, Na'uzubillah himin zalik) yang mendabik dada semua kejayaan atas usahanya sendiri.
Buat sesuatu mengikut kemampuan diri. Allah memberi kelebihan kepada sebahagian dari sebahagian yang lain.
Buat sesuatu mengikut kemampuan diri. Allah memberi kelebihan kepada sebahagian dari sebahagian yang lain.
Allah suka kepada manusia yang kuat gagah, maksudnya mukmin yang cekal menghadapi cabaran dan yang suka merebut peluang yang ada. 💪
Dalam Islam usaha yang baik akan Allah berikan pahala yang berlipatkali ganda. Maka, dalam dunia penulisan, lahirkan sifat optimis dan berprasangka baik terhadap Tuhan.
Kejayaan dan kegagalan adalah sebahagian dari ujian Allah terhadap makhluk-Nya.
Zyed Ahmad
Comments
Post a Comment