Skip to main content

IN SHA ALLAH



InshaAllah jika Allah izinkan semuanya berjalan baik.  Itu tauhid kita terhadap Allah bahawa setiap sesuatu itu berlaku dengan izinnya. Jika Allah hendak memberi  tiada siapa dapat menahan dan jika Allah hendak menahannya tiada siapa yang dapat memberinya.

Allah hu Akbar.  Kalimah ini kini digunakan oleh semua orang, Muslim dan juga Bukan Muslim kerana mudah menuturnya. Saya ada kawan-kawan bangsa Cina dan Inggeris, mereka kerap juga melafazkan ‘InshaAllah’ mungkin pada saya mereka seronok-seronok menyebutnya  bukan keyakinan yang tulen.  

Kawan saya, Allen Oliver dari England, telah lama  bekerja di Arab Saudi dan kalimah ‘InshaAllah’ sudah jadi mainan mulutnya. Hidayah adalah hak Allah dan dia tidak mendapat nya.
Kita boleh merancana sesuatu tetapi Allah jua yang akan menentukan jadi tidaknya rancangan kita. 

Kalimah ini menunjukkan kebergantungan kita kepada Allah, kerendahan hati kita terhadap Allah, kekerdilan  dan kelemahan kita terhadap yang Maha Berkuasa. Kerana tidak mengucapkan ‘InsyaAllah’, Nabi kita juga ditegur Allah, ketika beberapa penduduk Mekkah bertanya mengenai Roh, kisah Ashabul Kahfi dan Kisah Zulkarnain, lantas Nabi menjawab “Datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan”. Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi dan Nabi gagal memberi jawapan  yang ditanya.  Perkara itu telah  menjadi  sindiran dan cemuhan kaum kafir.

Lantas Allah menurunkan ayat  dari Surah AlKahfi : Ayat 24. Allah berfirman “ Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini".


Janganlah kita mudah berjanji  atau mengatakan kepastian tapi katakanlah  ‘In sha Allah’ semoga  apa yang kita rancang atau cakap ada alasan yang munasabah iaitu jika diizinkan Allah. Insha Allah kita berjumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...