Skip to main content

MINTA DARI ALLAH

“Mari sini anak emak. Emak ikut petua orang tua-tua, kalau duduk masa menanam, pokok mudah jadi rendang. 

Tetapi, kita jangan percaya perkara itu bulat-bulat.
 Selagi kita tidak percaya ada kuasa lain selain Allah yang mengabulkan permohonan kita, selamatlah kita dunia dan akhirat dari kemurkaan-Nya.

 Hendak mulakan sesuatu pekerjaan, kita sebut nama Allah, baca Bismillah.

 Kemudian selawat ke atas Nabi tiga kali dan akhir sekali kita berdoa, 

Masya-Allah la quwwata illa billah. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa kita. Pokok ini tumbuh rendang dan berbuah lebat. Itu yang emak buat tadi. Faham?”

Aku mengangguk-angguk tanda setuju dan faham. 

Kemudian emak menambah lagi, “Sebenarnya emak penat, tidak larat hendak mencangkung. Sebab itu emak duduk. Duduk bersila lagi selesa.” 

Emak menjelaskan perkara sebenar. Aku mengangguk lagi dan merapatkan tubuh lalu merangkul lehernya. 

Cara mana pun emak dan abah buat, mereka memohon kepada Allah keberkatan dan kemurahan rezeki.

Kami berkebun cara ekonomi. Emak dan abah tidak membeli baja sebaliknya menggunakan tanah bakar sebagai baja.

 Alhamdulillah, berkat usaha bersama yang tidak jemu-jemu, keseluruhan tanah telah ditanam dengan

 pokok-pokok pilihan.

Banyak tanaman yang menjadi dengan baik. Tiada serangan serangga. Malah, tiada binatang peliharaan 

atau binatang liar yang datang ke kebun kami.

(Petikan dari Buku Budak Kampung Congo, Bab: Minta Dari Allah)

Comments

Popular posts from this blog

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...