Skip to main content

KALAU HENDAK SERIBU DAYA

Hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih. 

Pepatah ini memotivasikan kami untuk terus menghadapi cabaran masa hadapan. 

Emak dan abah tidak pernah memandang ringan setiap pekerjaan yang hendak mereka lakukan. 

Kami sedar bahawa Allah sudah memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. 

Kami mahu terus berusaha sedaya mampu untuk berbudi pula kepada tanah. 


Sesuai dengan kata pepatah, “Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.”

“Kalau kita buat sungguh-sungguh, tentu dapat hasil yang baik. Berbudi pada tanah dengan menanam 

tumbuh-tumbuhan yang baik, dibaja, disiram dan dibersihkan persekitarannya, insya-Allah akan

mendapat hasil yang baik juga.”


Emak dan abah sudah bertekad mahu mengerjakan tanah ini secara berfasa tanpa bantuan peralatan 

moden.
 
Peralatan sedia ada seperti cangkul dan tajak sudah memadai.

Kerja bertani kecil-kecilan tidak memerlukan teknologi tinggi dan canggih. 

Nawaitu, tekad, keyakinan, kerajinan, semangat dan masa sudah cukup sebagai pembakar semangat 

untuk kami memulakan usaha.

Sebelum bermula, tanaman pilihan disenaraikan terlebih dahulu, sama ada kategori tanaman jangka 

pendek atau panjang. 


Disebabkan kami tidak pasti berapa lama akan berada di sini, jadi kebanyakan pilihan terdiri daripada 

tanaman jangka pendek. Ia lebih mudah ditanam, cepat mendapat hasil dan kitaran hidupnya dapat 

dikawal bagi menampung keperluan waktu terdesak.


(Petikan dari Budak Kampung Congo,  Bab -Kalau Hendak Seribu Daya)
31

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...