Skip to main content

X PAYAH! # BACA BUKU INI BOLEH BUAT HAJI TAMATTUK SANTAI DAN MUDAH

😈Masalah utama bakal haji adalah bagaimana nak buat haji tamattuk.
Ramai nak buat haji tamattuk tapi tak pasti. 
Ramai yang tahu tapi tak yakin. 
Banyak persoalan mengenai Dam dan pantang larang bila pakai ihram. 
Bakal haji nak dapatkan informasi haji melalui Kursus Perdana Haji kena tunggu lama. Dah nak berangkat ke Mekah baru dapat. 
 Nak tunggu kursus bersiri haji di Masjid dan Surau anjuran Syarikat Haji, Wow.. pening, sampai 17 siri selama 17 minggu!. 


Cuba belajar dengan membaca buku ini.
Boleh baca bila-bila masa. Insya Allah gerenti faham sebab bukunya ditulis dengan bahasa mudah, orang kampung boleh baca, orang muda boleh baca, orang bandar lagilah faham.

Ia dalam bentuk travelog penceritaan orang sedang mengembara buat haji. 

 Awak tak akan mis apa yang saya nak beritahu. Baca setiap perkataan penting untuk awak menikmati perjalanan haji ini. 


Saya sangat bersyukur, 3 tahun lepas saya dapat pergi ke Mekah bersama isteri buat haji.
Ini haji kedua saya. Haji yang pertama dipanggil hajjatul Islam iaitu haji wajib. Haji kedua adalah haji yang sunat.

Oleh kerana saya dah biasa pergi ke Mekah, dah buat haji sebelum tu dan dah buat umrah 4 kali,jadi saya sudah ada pengalaman dan ilmu dan tidak menghadapi masalah besar. 


Cuba fikirkan jika awak pergi buat haji pertama kali tanpa kursus asas tanpa ilmu yang mantap, tentu terkontang-kanteng juga. Hati pun nanti tak tenang dan asyik mengikut aje apa orang buat, walaupun ada seorang ustaz mutawif untuk membantu. 

Perkara macam ni biasa berlaku. 
😍Saya nak beritahu apabila awak tahu kaedahnya, kembara haji awak akan jadi senang dan memuaskan hati dan perasaan.

Sebab itu ilmu amat penting. Tambah ilmu baca buku-buku yang berkaitan dengan haji.
Nak tak buku yang ringan kandungannya, penyampaiannya santai, semua golongan tua muda senang nak faham? Tak berat.

Doa-doa dan zikir dalam buku ni selalu orang baca sebagai amalan harian. 

Perjalanan haji dalam buku ini memberikan gambaran sebenar ketika musim haji.

Saya mencatatkan setiap apa yang saya alami sepanjang musim haji. Tak banyak beza pun sama ada buat haji dengan syarikat swasta atau dengan pakej muassasah Tabung Haji.

Bezanya keadaan tempat tinggal hotel 2 bintang, 3 bintang atau 5 bintang atau duduk di khemah. 

Statistik menunjukkan 90% rakyat Malaysia buat haji tamattuk.
Beritau diri awak, “aku nak yang mudah.” Asalkan betul menepati sunnah dan buat dengan baik, kerana Allah.

Kalau akan terus ke Mekah,hari pertama masa bertolak ke lapangan terbang, pergi dengan pakai ihram (Cuma jangan berniat lagi) dari rumah kerana tujuan utama ialah buat umrah haji dahulu.

Kalau destinasi pertama adalah Madinah. Pergi dengan pakaian biasa. 

Orang yang buat haji tamattuk yang terus ke Mekah akan berniat buat umrah dan berihram di Qarnul Manazil kira-kira 40-45 minit sebelum sampai Airport Jeddah.

Masa sebenar akan diberitahu oleh krew kapal terbang. 

 Kumpulan haji tamattuk yang terus ke Madinah akan berada di sana 6-8 hari.

 Jadi tidak perlu pakai ihram dari rumah. 

Sebab mereka akan berada di Madinah beberapa hari antara 6 ke 8 hari.

Mereka akan pakai ihram apabila hendak bertolak ke Mekah.

Tempat berniat umrah ialah di satu tempat bernama Bir Ali ia-itu semasa dalam perjalanan dan kira-kira 9 km setelah bertolak dari Madinah. 

Setiba di Mekah jika masih ada kekuatan boleh terus bertawaf, saie dan bertahalul (gunting rambut) maka selesailah ibadah umrahnya. 

Jika waktu sampai sudah melepasi tengah malam dan letih, boleh tangguhkan ke esok harinya. 

Maka pada hari kedua di Mekah, selesaikan umrah dan bebaslah dari pakai ihram dan pantang larang ihram.

Mereka boleh tukar pakai pakaian biasa. Orang buat haji tamattuk dah selesai ibadah umrahnya. Itulah antara kelebihan buat haji tamattuk .

Umrah dan haji dibuat asing-asing dalam musim haji yang sama.

Lepas tu jemaah haji tamattuk boleh bersenang-senang dan bagi tumpuan pergi ulang alik ke Masjidil Haram buat ibadah solat, baca al-Quran dan lain-lain. 

Sementara menunggu hari wukuf untuk buat haji pula.

Orang lain yang buat haji qiran dan Ifrad terpaksa lagi memakai pakaian ihram sehingga habis ibadah haji.

Tak kisah duduk di mana pun, kerana semua orang nak mudah dan selamat sampai ‘on-time’ ke Arafah. Esoknya ke Arafah untuk berwukuf. 

Itulah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang yang buat haji. 

Hari kemuncak kerana kalau tidak berada di Arafah, tiada haji.

Hari paling istimewa pada masa haji.


Lepas wukuf sebelum tengah malam jemaah akan pergi pula ke Muzdalifah untuk mabit di sana dan mengutip batu jika berkesempatan.

 Jika tak sempat boleh kutip batu di Mina. 

Selesai perjalanan ke Muzdalifah, saya dan kumpulan balik ke Mekah buat tawaf ifadah, saie haji, tahalul awal dan setelah selesai balik semula ke Mina untuk melontar jamrah Aqabah (Kubra) dan melontar pada pada 3 hari-hari tasyrik.


 Alhamdulillah, apabila semua orang sudah berada di Mina, itu petanda perjalanan haji sudah sampai ke penghujungnya. 11,12 dan 13 hb Zulhijjah adalah 3 hari Tasyrik untuk membuat lontaran jamrah.
Di Mina semua jemaah haji akan menggunakan tenaga semuala kerana tempat melontar jamrah terletak antara 1 km hingga 4 km dari tempat kediaman.

Semua kena berjalan kaki selama 3 hari itu. Maka pada 13 Zulhijjah, jemaah haji tamattuk telah sempurna mengerjakan haji.

Kemudian  balik semula ke Mekah dengan senang hati dan rasa syukur. 


Jemaah haji Ifrad belum lagi habis. Mereka kena buat umrah sebagai ibadah terakhir.

Ibadah haji banyak tertumpu kepada perbuatan selain amalan ibadah biasa saperti solat, zikir dan membaca al-Quran. 
Sebab itu orang nak buat haji mesti sehat, cergas dan bertenaga. 

Bayangkan awak kena berjalan kaki dari hotel ke masjid dalam cuaca panas mencecah 40 darjah Celcius.
Kena pula yang hotel penginapan 2-3 km jauhnya, sanggup ke nak balik ke hotel setiap lepas waktu solat? 5 x sehari tau!.

Rata-rata jemaah haji akan berada di Mekah selama 30 hari, 5 hari di Mina, sehari di Arafah dan 5-7 hari di Madinah. 

Bila buat Umrah dan Haji ada Tawaf dan Saie. Tawaf kena pusing Kaaba 7 kali dengan anggaran jarak sejauh 2 km dan Saie pon kena ulang-alik 7 kali dengan anggaran jarak sejauh 2.8 km.

Di Mina aktiviti utama ialah pergi melontar Jamrah.
Yang ini pula melibatkan perjalanan ke tempat melontar sejauh 1 hingga 5 km bergantung pada di mana lokasi khemah atau hotel tempat tinggal jemaah haji. 

Sebab itulah orang yang uzur, orang ada penyakit 3 serangkai atau terlalu tua yang tak mampu berjalan sendiri tidak lagi digalakkan untuk ke Mekah.
Sebab itu juga orang muda digalak segera ke Mekah buat haji bila cukup belanja dan syaratnya.

 Baca maklumat selanjutnya di dalam buku: Sebuah Travelog Haji Tamattuk: Dari Penjuru Yang Jauh. 



Dalam buku dengan tema travelog ini saya banyak berkongsi tip

 • Persediaan diri rohani dan jasmani –cara mudah buat solat hajat dan solat taubat. 

 •Persediaan barang-barang keperluan untuk kesihatan dan rawatan diri. 
Tidak boleh bergantung sepenuhnya pada kemudahan klinik Tabung Haji di sana kerana orang terlalu ramai. Pada musim haji ramai orang sakit. Mungkin lama baru dapat giliran berjumpa doctor.

 • Persediaan ilmu sebelum berangkat ke Mekah, tip rukun dan wajib haji dan umrah, tatacara manasik haji- o cara buat tawaf dan saie serta cara berdoa yang mudah, o pantang larang ketika berihram, o beberapa zikir dan doa wajib tahu, serta falsafah di sebalik setiap amalan yang dilakukan.

 •Tip ketika mabit di Mina dan Muzdalifah 

 • Amalan ketika berada di Arafah. Jangan leka dan membuang masa di Arafah. Waktu di sini  paling penting kerana tiada wukuf tiada haji.

 • Amalan melontar 3 Jamrah. Melontar pada ke tiga-tiga hari tasyrik. Waktu ini ikut saje mutawif kita sebab kita akan bergerak dalam kumpulan. 

Doa-doa dan zikir saya guna masa haji sudah menjadi amalan orang Islam sejak sekian lama dan boleh terus diamalkan untuk kehidupan dan kesejahteraan seharian.

 Allah suka orang yang sabar dan taqwa serta istiqamah dalam menerima ilmu dan melaksanakan amalan.

 Saya mengambil saranan dan nasihat dari sumber yang benar dan saya panjangkan ilmu tersebut kepada pembaca.

 Hadis-hadis Rasullullah s.a.w, dan juga dari hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat, petikan ayat-ayat al-Quran, kata-kata hikmah dan fatwa para ulama’ dijadikan sumber rujukan untuk menguatkan keyakinan bahawa amalan yang terkandung di dalam buku ini adalah benar dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w. 

 Jika ada rukhsah atau fatwa yang dikeluarkan, awak patut akur dan ikut saje kerana ia akan membantu menyelesaikan banyak masalah yang tidak diduga.

 Dalan buku ini juga, saya sengaja selitkan pengalaman peribadi ketika berada di Mekah dan Madinah. 

 Dari pengalaman itu awak akan mendapat inspirasi untuk menambah baik amalan yang bakal awak lakukan, mencari tindakan pilihan atau membuang yang tidak sesuai, apabila awak menjadi bakal haji. 

 Dengan buku ini awak akan mendapat ilmu baru. 

Rasa macam dah tau tetapi tak tau. Awak akan bertambah yakin pada diri sendiri, yakin pasal hukum hakam ibadah, bertambah yakin atas setiap tindak-tanduk, dan tidak terikut-ikut. Ini nasihat saya. 

 Dapatkan pengalaman berharga serta tip-tip ibadah di dalam buku ini. 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah percuma. 

Pesan sekarang. WA 0193944740

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...