Pada
tahun 1957 berlaku satu Banjir Besar di Kuala Lumpur. Beberapa hari
sebelum itu awan
mendung berarak dan bertukar menjadi
gelap. Awan-awan di langit telah sarat
menanggung air dan
sudah tidak dapat
menahan berat kandungannya, hujan
akhirnya turun mencurah-curah. Langit
memuntahkan isinya tanpa henti-henti,
disambut dengan guruh, petir dan kilat sambung-menyambung.
Keadaan itu diikuti pula dengan angin kencang.
Beberapa
rumah pondok ranap dalam sekelip mata. Banyak bumbung zink
yang tercabut dan
diterbangkan
angin yang mengganas. Untuk beberapa hari itu tiada aktiviti luaran.
Semua penduduk
berkurung di dalam rumah masing-masing. Paras air di sungai
telah mula naik perlahan-lahan dan
hanya menunggu masa untuk melimpah dan menceroboh masuk ke dalam rumah berdekatan
sungai.
Aku yang maseh kecil tidak
terkesan dengan bencana yang berlaku, masih tidak mengerti erti bahaya
dan
bencana.
Emak
menceritakan peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Waktu itu masih gelap. Beberapa orang
anggota bomba telah datang ke
kawasan kediaman kami. Daun pintu diketuk bertalu-tahu, bagaikan
hendak roboh.
dalam rumah. Tiada siapa yang sedar. Hujan yang turun tidak
berhenti-henti menurunkan
suhu udara
serta menambah seronoknya melayan tidur dan mungkin juga mimpi yang
indah.
(Petikan dari buku Budak Kampung Congo)
Comments
Post a Comment