Pada 8 April, 2017 aku memulakan langkah baru dalam hidup. Semuanya secara kebetulan juga. Aku menjadi anak didik cikgu Anys yang mengajar buat Blog. Taklah jadi pandai sangat, insya Allah bolehlah .
Tujuan penulisan untuk membimbing sesiapa yang ingin menulis buku. Aku memang berminat. Sesi pertama aku tidak dapat hadir kerana bertembung dengan program lain. Sesi kedua baru lah aku mendapat peluang.
Sesi kali ini merupakan Bengkel Penulisan menerbitkan Buku Pertama. yang dikendalikan oleh Mentor En Zamri Mohamad. Teruja untuk menerbitkan Buku Pertama telah membawa aku ke Johor Bharu.

Tidak mengapa jauh, sebab aku perlukan ilmu, aku kena tahu tatacara penulisan dan apa- apa juga trik dan rahsia di sebaliknya.
Sesi sehari tersebut sangat membantu. Lebih dari 20 orang peserta hadir dari seluruh pelusuk negara. Amat memberangsangkan. Kami masing-masing telah pun set sasaran untuk menyiapkan kerja. Aku tidak berasa terasing atau inferior walaupun yang hadir ada yang telah menghasilkan Buku. Ada yang sudah separuh siap dan ada yang kosong saperti aku.

Saperti biasa, mana-mana bengkel, pengisian ilmu selalu di dominasi oleh kaum hawa. Mereka amat rajin,masya Allah. Banyak soalan dari mereka. Yang kaum Adam ni duduk lepak senyap, bukan semua. Yang kaki lepak tu akulah!.
Mereka yang hadir rata-rata telah menulis. Setidak-tidaknya sudah ada perancangan menerbitkan buku. Sudah ada topik. Sudah siap manuskrip separuh jalan. Sudah tahu apa yang mereka perlu buat. Aku, masih tercari-cari. Ada cerita tetapi tidak tahu hendak buat apa. Lemahnya, tidak tahu macam mana hendak bermula.
Inilah tujuan bengkel diadakan. Membuka minda, memberi inspirasi, memberi peluang kita menzahirkan apa yang terpendam di dalam benak fikiran, tersimpan di dalam hati, tersorok di celah-celah fail dan dairi. Selepas ini semua dapat dipunggah keluar dan dibukukan.
Aku tahu tidak dapat menghasilkan sepantas mereka. Maklum saje, otak sudah lama tidak uji dengan menulis apa saje. Masa bekerja kita menulis memo, buat kertas kerja. Itu terlalu teknikal dan sudah ada format yang kita biasa lakukan. Penulisan seharusnya saperti itu juga. Tak pasti, nanti bila aku mula menulis, baru tau.
Mentor kami sasarkan supaya kami mulakan nama-nama babak mengikut KJ Method . Bermula dengan satu dua perkataan sebanyak mungkin mengenai topik yang hendak ditulis. Kemudian di kategorikan dan di kembangkan perkataan-perkataan tadi kepada sub-topik. Sudah ada, bolih mula menulis. Katanya tulislah mana-mana topik yang mudah, yang ada banyak ilham, ada banyak cerita.
Kalau hendak tahu lebih lanjut cara KJ Method hadirkan diri sesi bengkel Cikgu Zamri. Bengkelnya setiasa ada, ikut sahaja perkembangan beliau di FB.
Aku mensasarkan penulisan siap bulan Julai 2017, tapi tidak siap juga kerana salah bagi masa dan tidak konsisten mengikut jadual. Inilah satu penyakit atau masalah yang perlu di atasi. Masaalah aku pula tidak boleh buat dua-tiga kerja pada satu masa. Isteri aku selalu juga komen tentang kelemahan kebanyakan lelaki, jadi saperti aku.

Dia boleh buat dua-tiga kerja pada satu masa. Semasa dia sedang membuat kerjanya di rumah, aku duduk mengaji di satu sudut rumah. Dia dapat mengesan kesalahan bacaanku dan membetulkan. Hebat dia! Allah berikan dia dan ramai wanita keistimewaan.
Penulisan akau tertangguh kerana kerja luar pejabat dan luar negara. Biasalah kalau kerja luar, malam pergi pula keluar dengan rakan-rakan atau klien kita. Balik sudah lewat dan penat, cari masa untuk berehat dan tidur. Masa habis begitu sahaja. Akhirnya masuk bulan Ogos.
Pada bulan September pula aku dan isteri mendapat jemputan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan haji. Sibuk pula bertandang ke Kelas dan Bengkel Haji sehinggaa bulan Oktober, semua kerja penulisan drop-out tidak terusik.
Bulan November dan Disember aku menghadiri beberapa lagi bengkel penulisan di Kuala Lumpur dan pada masa yang sama menyambung kerja yang sekian lama tertangguh. Diringkaskan cerita saya, akhirnya manuskrip buku pertama dapat aku siapkan pada bulan Januari 2018.
Ikuti perjalananku menulis buku , selanjutnya di dalam post-post akan datang. Itu pun kalau aku rajin nak buat post!.

Comments
Post a Comment