Teks: Zyed Ahmad Hassan
Walaupun aku sendiri tiada pengalaman perniagaan yang hendak dikongsi, pengalaman emakku 60 tahun dahulu boleh memberi inspirasi kepada anak cucuku serta teman- teman yang ingin berkecimpung didalam dunia perniagaan. Perniagaan bersifat dinamik dan ia adalah kunci rezeki. Emak menyalurkan kepakarannya pada jalan yang betul untuk mendapat imbuhan. Perniagaan berasas komisen dan jualan langsung emak dah buat dan meraih komisen bila tikar dan karpet terjual. Begitu juga emak beli kain, pinggan mangkuk dan keperluan dapur di Chow Kit dan menjual semula dengan sedikit keuntungan. Semua ini satu bentuk perniagaan. Kesungguhan dan sikap yang baik merupakan etika dalam menjalankan perniagaan. Jangan melihat keuntungan semata-mata. Untuk menguji keikhlasan orang berniaga, Allah memberikan banyak cabaran. Sebab itu ada elemen untung rugi dan halal haram. Ada perniagaan yang Allah berikan keuntungan dan kemewahan melimpah ruah. Allah melalaikan mereka sehingga mereka menjadi istidraj. Jangan pula kita merasa kecewa dan susah hati jika perniagaan tidak menjadi. Allah itu Maha Mengetahui. Mungkin Allah gagalkan seseorang didalam perniagaan dan kehidupannya kerana Allah hendak melindunginya dari menjadi kufur. Jadilah orang yang sentiasa berasa syukur atas nikmat Allah. Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. Kita rasa perancangan kita hebat sangat tetapi perancangan Allah lagi hebat.
Walaupun tidak semewah mana, usaha emak ku mencari rezeki dari perniagaan kecil kecilan mempunyai daya saing yang tinggi. Emak berjaya mencapai impiannya kerana motivasi untuk untuk menyekolahkan kami dan memberi kehidupan yang baik buat kami. Emak juga menggunakan modal permulaan yang dipinjam dari Pak Anjang. Komunikasi yang baik serta keupayaan merancang telah menjadikan emak aku seorang peniaga dan ibu yang sangat aku sanjungi. Alhamdulillah, berkat usaha yang gigih dan konsisten Allah telah kabulkan hajat emakku. Kita kena yakin bahawa rezeki itu dari Allah. Apa yang Allah beri tiada siapa boleh menahannya dan apa yang Allah tahan tiada siapa boleh memberinya. Asalkan ada usaha yang konsisten, niat yang baik serta jujur, pasti ada jalan keluar. Cuma rezeki kita Allah beri cara berbeza beza, ada cepat dan ada yang lambat dan jika tidak dapat didunia, barulah bertawakal kerana ganjaran di akhirat jauh lebih baik.
Saya hanya berkongsi pengalaman kehidupan emak saya berniaga untuk di jadikan renungan. Allah memberi kami rezeki yang tidak terhitung banyaknya. Kejayaan adik beradik saya dan anak anak buah, ketengan hidup serta silatulrahim yang baik adalah antara rezeki yang telah Allah anugerahkan. Akademi Bekerja DiRumah ini merupakan satu platfom yang sangat telus. Sangat sesuai untuk membantu mereka yang mempunyai modal yang kecil dan tiada produk untuk memulakan perniagaan. Alangkah bagusnya jika ia telah dapat dimunafaatkan 60 tahun dahulu..
Sejak kecil aku sudah melihat emakku begitu
beriltizam untuk menjalankan perniagaan. Berbagai cara dan berbagai usaha
dilakukannya tanpa jemu. Niatnya sungguh baik kerana hendak melihat anak-anaknya
senang. Emakku tidak pernah ke sekolah. Tarbiah dari abah membuatkan emak ada
pendiriannya tersendiri, memulakan kerja dengan niat kerana Allah. Tiada harta
dan kecetekan ilmu tidak menghalang emak membuat pekerjaan dengan hasil usaha
tangan sendiri. Yang penting mendapat keredhaan Ilahi.
Rasullullah SAW sendiri pernah menegaskan
sesungguhnya 9 dari 10 rezeki datang dari perniagaan. Nabi Muhammad SAW mula
menceburkan diri didalam perniagaan ketika berumur 9 tahun. Masa itu baginda
dibawa oleh bapa saudaranya Abu Thalib mengikuti rombongan perniagaan ke Syam.
Ketika berumur 20 tahun Nabi menguruskan pula perniagaan Siti Khadijah.
Walaupun aku sendiri tiada pengalaman perniagaan yang hendak dikongsi, pengalaman emakku 60 tahun dahulu boleh memberi inspirasi kepada anak cucuku serta teman- teman yang ingin berkecimpung didalam dunia perniagaan. Perniagaan bersifat dinamik dan ia adalah kunci rezeki. Emak menyalurkan kepakarannya pada jalan yang betul untuk mendapat imbuhan. Perniagaan berasas komisen dan jualan langsung emak dah buat dan meraih komisen bila tikar dan karpet terjual. Begitu juga emak beli kain, pinggan mangkuk dan keperluan dapur di Chow Kit dan menjual semula dengan sedikit keuntungan. Semua ini satu bentuk perniagaan. Kesungguhan dan sikap yang baik merupakan etika dalam menjalankan perniagaan. Jangan melihat keuntungan semata-mata. Untuk menguji keikhlasan orang berniaga, Allah memberikan banyak cabaran. Sebab itu ada elemen untung rugi dan halal haram. Ada perniagaan yang Allah berikan keuntungan dan kemewahan melimpah ruah. Allah melalaikan mereka sehingga mereka menjadi istidraj. Jangan pula kita merasa kecewa dan susah hati jika perniagaan tidak menjadi. Allah itu Maha Mengetahui. Mungkin Allah gagalkan seseorang didalam perniagaan dan kehidupannya kerana Allah hendak melindunginya dari menjadi kufur. Jadilah orang yang sentiasa berasa syukur atas nikmat Allah. Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. Kita rasa perancangan kita hebat sangat tetapi perancangan Allah lagi hebat.
Walaupun tidak semewah mana, usaha emak ku mencari rezeki dari perniagaan kecil kecilan mempunyai daya saing yang tinggi. Emak berjaya mencapai impiannya kerana motivasi untuk untuk menyekolahkan kami dan memberi kehidupan yang baik buat kami. Emak juga menggunakan modal permulaan yang dipinjam dari Pak Anjang. Komunikasi yang baik serta keupayaan merancang telah menjadikan emak aku seorang peniaga dan ibu yang sangat aku sanjungi. Alhamdulillah, berkat usaha yang gigih dan konsisten Allah telah kabulkan hajat emakku. Kita kena yakin bahawa rezeki itu dari Allah. Apa yang Allah beri tiada siapa boleh menahannya dan apa yang Allah tahan tiada siapa boleh memberinya. Asalkan ada usaha yang konsisten, niat yang baik serta jujur, pasti ada jalan keluar. Cuma rezeki kita Allah beri cara berbeza beza, ada cepat dan ada yang lambat dan jika tidak dapat didunia, barulah bertawakal kerana ganjaran di akhirat jauh lebih baik.
Saya hanya berkongsi pengalaman kehidupan emak saya berniaga untuk di jadikan renungan. Allah memberi kami rezeki yang tidak terhitung banyaknya. Kejayaan adik beradik saya dan anak anak buah, ketengan hidup serta silatulrahim yang baik adalah antara rezeki yang telah Allah anugerahkan. Akademi Bekerja DiRumah ini merupakan satu platfom yang sangat telus. Sangat sesuai untuk membantu mereka yang mempunyai modal yang kecil dan tiada produk untuk memulakan perniagaan. Alangkah bagusnya jika ia telah dapat dimunafaatkan 60 tahun dahulu..
Comments
Post a Comment