Skip to main content

BINA JARINGAN MELALUI PAMERAN DAN LAWATAN

Teks:   Zyed Ahmad Hassan
Foto:   Zyed Ahmad Hassan

Selamat bertemu kembali saudara saudari. Kali ini saya akan menceritakan mengenai Pertunjukan Pertahanan  ( Defence Show) dan Perdagangan Antarabangsa yang pernah saya lawati dan tujuan disebaliknya. Semuanya bermula dari tahun 1988. Pameran Pertahanan & Konference Antarabangsa di seluruh dunia biasanya di adakan 2 tahun sekali. Malaysia dan negara-negara di dunia mengambil giliran masing-masing. 

Jadi saya berpeluang melawat pameran tersebut sekurang kurangnya sekali dan paling banyak dua kali setahun. Alhamdulillah, dengan izin Allah, peluang seumpama itu saya mula dapati apabila saya menjawat pangkat Pengurus dan Pengurus Besar Jualan. Dengan‘corporate governance’ yang bagus,‘succession plan’ yang teratur serta perancangan yang telus, lawatan saya ke pameran antarabangsa dan latihan di luar negara  adalah sebahagian dari usaha mempersiapkan saya dan membiasakan saya dengan  pelanggan dan pembekal serta memantapkan jaringan kerjasama dengan mereka. Di samping itu, saya mengambil kesempatan untuk melihat negara orang, cara kerja dan budaya hidup mereka dan baki-baki masa yang ada ‘enjoy’lah apa lagi.

Di Malaysia. Pameran Pertahanan pertama ialah DSA 1988 (Defence Services Asia) dalam tahun 1988. Syariakat kami terlibat dalam hampir setiap pameran yang diadakan. DSA di adakan setiap 2 tahun dan lokasi pameran berubah beberapa kali, ikut strategi pihak pengajur. Pernah di adakan di The MINES Balakong, berhampiran Terminal 3 Lapangan Terbang Subang, dan biasanya diadakan di PWTC Kuala Lumpur dan di MITEC.

Pameran saperti ini bertujuan memperkenalkan teknologi ketenteraan, keselamatan dan penguatkuasaan. Contohnya: rifle dan pistol baru, kereta perisai, kereta kebal, peluru berpandu, peralatan radio, satelit, kenderaan 4x4, 6x6, sistem jamming dan berbagai-bagai lagi. Biasanya 40 hingga 50 buah Negara akan menyertai. Mereka hendak memperkenalkan teknologi mereka, mencari rakan kongsi dan juga pembeli. Dulu- dulu setiap kali diadakan pameran saperti ini saya dan bos saya akan pergi. Menjadi satu norma juga, dalam setiap lawatan, kami akan menjemput pelanggan kami khususnya dikalangan tentera untuk menyertai. Macam saya kata, ini semua menambahbaik jaringan dan persahabatan dengan mereka.

Terdapat lebih dari 10 Pameran Pertahanan yang kami lawati. Paling saya suka ialah IDEX di Abu Dhabi, UAE  dan DSEI di Excel, London. Sebab apa suka?. Sebab bila ke sana kami semua bawa Set Golf. Tiga hari pergi pameran, satu hari habis main golf. 

Tambah seronok kadang kadang 2 hari main golf di dua padang berlainan. Sambil main kita cari peluang bisnes. Satu misi tercapai.


Pameran Pertahanan lain yang saya pernah lawati termasuk BRIDEX di Bandar Seri Bagawan, Brunei, Eurosatory di Paris, INDO Defence di Jakarta, Singapore Airshow, Defence Show di Thailand, IDEF di Istanbul Turkey, South Africa Defence Exhibition dan satu pameran perdagangan terbesar dunia iatu SEMA Show di Las Vegas.

MGM Las Vegas

Saya bersama seorang kawan pernah melawat SEMA Show. Kawan saya tu seorang peniaga persendirian, tiada kena mengena dengan kerjaya saya. Dia memiliki 5 franchise barangan buatan Amerika. Masa tu masuk ke USA agak senang dan proses mendapat Visa pun senang dan cepat. Embassy Amerika di Kuala Lumpur meluluskan perjalanan saya dalam masa 2-3 hari serta mendapat Visa bisnes untuk tempoh 5 tahun. 

SEMA Show ni tidak membenarkan orang awam masuk, hanya pelawat perdagangan. Tempat pameran terlalu luas, jenuh untuk melawat setiap gerai. Tiga hari tidak boleh habis ,jadi saya pilih untuk melawat bidang yang saya minati.


Pameran ini merupakan pameran otomotif dan segala yang berkaitan otmotif termasuk alatganti, kelengkapan dan aksesori. Disini kita boleh mencari alatganti dan aksesori yang sukar didapati dalam pasaran. Dari model tahun 60an hingga model terkini. 

Di sini juga tempat peniaga mencari franchise dan menjadi pengedar barangan otomotif. Tidak hairan apabila saya berada di sana, saya berjumpa ramai peniaga Malaysia yang datang untuk menambah bilangan franchise mereka.Termasuklah kawan saya tu. 

Demikian  lah secara ringkas pengalaman saya keluar Negara melawat Pameran Pertahanan dan juga perdagangan. Di samping meninjau produk yang berpotensi dipasarkan, saya menambah kawan serta meluaskan jaringan untuk faedah pekerjaan saya.

Comments

Popular posts from this blog

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...