Skip to main content

SERONOKNYA DI ENGLAND

Teks:  Zyed Ahmad Hassan

Saya mula pergi keluar negara apabila menyandang jawatan Pengurus Jualan di syarikat Land Rover Malaysia. 

Seronoknya, negara pertama saya jejaki ialah England. 

Masa sekolah menengah dahulu, senior saya dan Pak Cik- Pak Cik saya ramai yang ke England melanjutkan pelajaran. Saya pun pernah menanam cita cita untuk  ke negara tersebut suatu hari nanti. Syukur, Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya kesana walaupun bukan untuk belajar tetapi untuk lawatan dan bersiar-siar. 

Peringkat awal kunjungan saya ke England semata mata membawa delegasi pegawai pegawai kerajaan untuk lawatan sambil belajar ke Kilang pemasangan Land Rover di Solihull dan Gudang Alatganti Land Rover di Desford.

Saban tahun saya ke England membawa kumpulan berlainan yang menjadi pengguna utama Land Rover. Agar lebih seronok, setiap kali ke sana, pihak kilang di UK menyediakan agenda berlainan termasuk lawatan ke Estnor Castle, trek 4x4 terkemuka di England, melawat Cottage Industry pembikinan alatganti Land Rover, muzium Land Rover, melawat panel kontraktor  ubahsuai kenderaan yang diiktiraf Land Rover UK Ltd dan pusat servis cemerlang untuk di ambil pelajaran.

 Di samping itu, semua tetamu kami dibawa melawat ke tempat tempat menarik di Birmingham, London, dan sekitar negara tersebut. Kos tempatan diUK ditanggung oleh pihak kilang.

Setiap kali ke England, saya amat teruja dan rasanya tidak pernah jemu kerana terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati. Seingat saya, kami telah ke tempat tempat berikut untuk jalan jalan, bersiar-siar, membeli belah, menonton wayang dan pertunjukan pentas dan untuk mencari tempat tempat makan istimewa.

Jika ke Bandar London saya akan membawa mereka
# ke Soho untuk melihat gelagat perempuan dan pondan, 
# menaiki MRT dan bas Hop On Hop Off 
# bersiar di Piccadily Circus, Convent Garden, Big Ben, Eye of London, Tower Bridge, St James Park, Hyde Park, Kensington Palace, Buckingham Palace, Royal Albert Hall, Trafalgar Square, Stesyen Keretapi Westmister, Rock Muzium, Madam Tussauds, Imax Theatre 
# dan tidak tertinggal untuk melayari sungai Thames di tengah kota London. 

Saya juga  membawa mereka membeli belah di Oxford Street, 'window shopping' di Harrods dan Marks & Spenser. 

Waktu malam kami akan berkunjung ke kawasan Edgware Road untuk mencari makanan melayu, arab dan Pakistan.

Keluar dari London saya tidak akan melupakan tempat saperti Shakespere City, Oxford, Cambridge, Arsenal, Liverpool, Estnor Castle, Windsor Castle, serta beberapa tempat lain.

Alhamdulillah, Allah  memberi saya rezeki dengan cara melancung, bekerja sambil belajar. 

Terdapat pegawai pegawai yang membawa isteri mereka bersama semasa lawatan, namun saya tidak berbuat demikian kerana mahu fokus menjaga kebajikan mereka. 

Sudah 13 kali saya ke England, termasuk beberapa kali atas urusan pelancaran produk dan pameran pertahanan. 

Yang pastinya pegawai pegawai tersebut mendapat faedah dari lawatan tersebut, cuma lawatan tersebut di selangi dengan masa untuk lawatan dan sedikit hiburan. Semua lawatan termaktub sebagai sebahagian dari  kontrak bekalan ketika itu, yang diluluskan oleh kementerian Kewangan.

Pada tahun 2005 dan 2007 saya berkesempatan membawa isteri dan kemudiannya membawa anak anak saya  ke sana dengan pakej bajet ‘mudah dan bebas’ yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Semuanya teruja lebih lagi kedatangan kami sekeluarga  pada tahun tersebut disambut dengan turunnya salji. 

Walaupun sudah 13 kali ke England, saya tidak pernah merasa jemu dan masih ingin ke sana jika ada promosi harga runtuh serta kedudukan kewangan membenarkan. Bagaimana pula perasaan anda?

Kerjaya saya telah membawa saya melancung ke serata dunia. Ikuti kembara saya seterusnya  di dalam blog SUKA KEMBARA

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...