Teks: Zyed
Ahmad Hassan
Ramai orang buat kerja kerana hendak mendapatkan
upah, gaji, hadiah atau habuan yang istimewa.
Ada juga yang buat sesuatu kerja
untuk mendapat nama, disanjung atau diberikan suatu jawatan.
Bagaimana kalau
anda diberi kerja untuk bekerja dan tiada upah? Sanggupkah anda? Jawapan saya
ialah sanggup dan tidak sanggup.
Saya tak sanggup melakukan sebarang kerja yang bertentangan
dengan syariat Islam dan subhah. Ini meliputi banyak perkara saperti pekerjaan
yang kurafat, melibatkan penipuan dan penindasan, penyelewengan, penipuan,
perniagaan atas angin tanpa produk, menjadi Ah Long dan kuncunya, pemerdagangan
manusia, perniagaan pasar gelap dan rasuah.
Sebaliknya saya sanggup membuat kerja yang tiada
imbalan, tiada upah jika ia memertabatkan islam serta untuk kepentingan ummah. Namun
begitu mestilah ia menurut kemampuan dan kebolehan kita. Jangan jadi saperti
tikus membaiki labu. Lakukan kerja dengan niat kerana Allah dan RasulNya. Banyak
kerja amal boleh dilakukan.
Begitu juga dengan kerja dakwah. Cuma kerja dakwah mesti berpadanan dengan ilmu. Jangan lebih sudu dari kuah kerana ia boleh sesat dan menyesatkan. Jika buat kerja , buatlah dengan tekun dan sungguh-sungguh. Saya juga sanggup membuat kerja amal yang tidak sampai memudaratkan diri sendiri. Tentu Allah tidak suka jika pekerjaan itu memusnahkan diri kita. Kita tidak membicarakan perang dan jihad fisabilillah.

Ada banyak hadith yang menyentuh mengenai pekerja
dan pekerjaan yang baik. Saya ringkaskan golongan ini termasuk mereka yang baik
perangainya, yang membuat pekerjaan serta memberi manafaat kepada orang lain, yang
bekerja belajar dan mengajarkannya dan yang orang lain merasa selamat dan aman
dari pekerjaannya.
Saya petik satu hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari , Muslim dan Ahmad. Rasulullah SAW bersabda , "seorang muslim yang menanam atau menabur benih, lalu ada sebahagian yang dimakan oleh burung atau manusia atau pun oleh binatang, nescaya semua itu menjadi sedekah baginya.” Jelas kepada kita pekerjaan yang baik itu satu ibadah dan juga sedekah.

Comments
Post a Comment