Skip to main content

CINTA RASUL BERMULA DI RUMAH

Teks:  Zyed Ahmad Hassan

Sering kita perkatakan tentang sunnah Rasul dan cinta nabi. Bagaimana kita hendak cinta Rasulullah jika sunnahnya tidak kita ikuti dan amalkan. Pada akhir zaman ini, cinta Rasulullah hanya di mulut. Ramai orang alim tetapi jahil. Masih ramai belia yang memang rajin bersolat tetapi tidak berilmu.

Contoh:  bila rukuk atau sujud, alur buntut  terdedah kerana memakai seluar bawah pinggang dan baju ketat  lagi singkat. Ada juga orang alim  yang berilmu tetapi hanya pandai mengkritik dan tidak mengamalkan ilmu yang betul, dan tidak menyalurkan ke jalan yang benar. Orang yang berilmu mesti berguru dari guru-guru yang mujtahid bukan sekadar belajar dari buku dan Ustaz Google.

Cinta kepada Rasulullah atau umumnya di panggil Cinta Rasul boleh bermula dari rumah. Kita tidak akan dapat mencintai Allah jika tidak mencintai RasulNya. Pendidikan itu sendiri bermula dari rumah. Ibu bapa adalah contoh pendidik yang paling memberi motivasi kepada anak anak. Apa sahaja yang dilakukan di rumah akan menjadi perhatian, ikutan dan amalam anak-anak. Jika baik perbuatan ibu bapanya,  maka baiklah amalan anak-anak. Jika buruk perbuatan ibu bapa, terjadilah sebaliknya.

Mulakan setiap perbuatan dengan bacaan ‘Bismillah’. Apa jua yang hendak dilakukan, saperti untuk minum, makan, angkat barang, mulakan kerja, belajar, masuk rumah, keluar rumah, masuk kereta  dan lain lain perbuatan yang baik dan bermunafaat, ajarkan supaya bermula dengan  bacaan Bismillah. 

Terangkan tujuan dibaca dan makna perkataan tersebut agar anak-anak melakukan dengan penuh kefahaman dan yakin. Sama saperti untuk mula membaca AlQuran. Jika hanya membaca AlQuran kita tanpa ragu dan tanpa tertinggal mesti membaca kalimah tersebut, maka jadikan bacaan Bismillah untuk perkara yang baik satu amalan sepanjang hayat.


Selesai melakukan sesuatu pekerjaan, tarbiahkan anak-anak dengan melafazkan perkataan ‘terima kasih’. Perkataan ‘terima kasih’ adalah amalan orang barat dan Jepun. Mereka begitu istiqomah memberikan ucapan tersebut setelah mendapat laluan atau bantuan dari seseorang.

Kita boleh melihat budaya dan tradisi mereka melaksanakan amalan ini jauh lebih baik dari orang Islam sendiri. Sudah tentu orang Jepun yang Muslim, mereka ini benar benar mengamalkan sunah Rasullullah. 

Bagi orang Islam, eloklah mengucapkan dengan perkataan yang betul dan lebih bermakna. Puji-pujian itu hanya untuk Allah. Maka ajarkan anak-anak kita untuk mengucapkan ‘Alhamdulillah’ serta jelaskan maknanya.  Biar sebutan dan ucapan ini bermain di bibir mereka, sehingga ia sebati menjadi satu amalan.

Seawal usia 3 tahun anak-anak sudah boleh diajar untuk mencintai Rasullullah dengan mengamalkan sunnahnya. Bermula dengan yang mudah-mudah agar anak-anak merasa ceria melakukannya. Tambah satu persatu amalan lain sehingga mencapai umur 5 tahun. 

Apabila anak-anak sudah pandai membaca, akan bertambah banyaklah amalan sunnah yang telah diketahui. Ketika itu mulakan bercerita tentang Rasulullah agar mereka rasa seronok. Semua ini boleh dilakukan secara  bersahaja bertujuan menarik minat anak-anak mendengar dan mengamalkan sunah Rasul tanpa mereka sedar walaupun mungkin ada di antara mereka yang belum lagi benar- benar faham tujuan mereka lakukan.

 Didik anak dengan cara yang betul. Pendidikan awal itu penting supaya mereka mendapat ilmu serta mengamalkannya. Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...