Skip to main content

CATATAN HARIAN

Tekas:  Zyed Ahmad Hassan


GELAGAT PENGGUNA JALANRAYA

Pada tahun 2011 pejabatku berpindah ke Menara Tan & Tan Jalan Tun Razak. Untuk pergi ke Pejabat dari rumah di Bukit Rimau Shah Alam, jalan paling selesa ialah melalui Lebuhraya Kesas dan susur keluar di persimpangan Bukit Jalil terus naik ke Lebuhraya Max dan turun keluar di Bulatan Kampong Pandan. Paling cepat aku boleh sampai pejabat dalam masa 1 jam, jika tiada kemalangan dan hujan. Kesesakan jalan sudah menjadi perkara biasa. 

Semua orang di atas jalanraya wajib memandu berhati hati, ikut lorong, lampu isyarat dan arahan Polis. Biasanya kalau aku tidak mahu beratur panjang diatas jalan, aku keluar dari rumah sebaik habis solat subuh. 

Nak dijadikan cerita suatu hari, aku memandu saperti biasa. Jalan pada hari itu pun sesak. Banyak sangat motosikal mencelah di kiri kanan kereta. Penunggang motosikal kadang kadang berlagak macam gangster, macam kaki buli seolah olah  semua jalanraya milik mereka. 

Lepas sahaja Bulatan Kg Pandan aku memasukki Jalan Tun Razak.  Tiba tiba aku dikejutkan dengan hon sebuah motosikal yang ditunggangi sepasang dewasa Melayu. Sepontan aku memandu bertambah hati hati, takut kalau kalau aku menghalang laluannya. Dia makin hampir dan sejurus dia bersaingan dengan keretaku, aku dengar dengan jelas kedua dua pasangan itu menjerit dengan kuat kepada ku dan menghemburkan kata kata kesat. Lebih dasyat lagi, kedua pasangan  yang sudah berumur itu mengangkat tangan menunjukkan penumbok kepada ku. 

Aku terpinga pinga mengapa mereka marah sangat kepadaku. Dalam keadaan separuh khuatir aku beristigfar. Hati kecil berkata ’biarkanlah mereka berang, sampai bila? Jalan ni bukan dia punya’. Begitulah ragam dijalanraya pagi itu. Satu peristiwa yang sangat mendebarkan. Jika kita tidak berhemah di jalanraya, banyak perkara tidak diingini boleh berlaku. Begitu juga, elakkan memandu jika fikiran kita kusut dan tidak stabil kerana gangguan emosi boleh mengundang  kecelakaan.



JANGAN MEMANDU APABILA MENGANTUK.

Satu hari aku balik lewat setelah meraikan pelanggan. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Ketika itu aku memandu dan berada di atas Lebuhraya Persekutuan berhampiran Sungai Way. Badan letih dan mata pun berat, sesekali mata terlelap. Aku pun tak pasti berapa kelajuan kereta yang aku pandu. Yang pastinya aku memandu perlahan dan aku sudah berazam untuk terus balik kerumah di Bukit Rimau Shah Alam dan tidak ada berhenti dimana mana. 

Ditakdirkan Allah aku memandu dengan selamat hampir 1 jam tanpa sedar. Entah mata ku buka atau tutup masa memandu tadi, aku tak tahu. Apabila aku betul betul sedar, seram sejuk aku dibuatnya. Aku rasa hilang pedoman. Eh! Dimana aku ni ye? Mimpi ke? Puas aku  meninjau ninjau sekeliling, menggelabar, mencari jawapan. 

Terperanjat yang amat sangat.  Lama juga baru lah otakku kembali pulih,. Rupanya aku sudah berada atas Lebuhraya berhampiran Putra Height menuju ke KLIA. Ya Allah aku telah tersesat dan tersasar jauh dari destinasi ku. Bagaimanapun syukur  aku kepada Allah. Engkau telah selamatkan aku. Peristiwa itu mengingatkan aku supaya tidak sekali kali memandu bila kita terlalu letih dan mengantuk.





Comments

Popular posts from this blog

KISAH SEORANG JURUTERA

Pada tahun 1980 saya diterima bekerja di Jabatan Parit dan Tali Air Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran)  di Kuala Lumpur sebagai Jurutera di Bahagian Haidrologi. Itulah pertama kali saya bekerja dengan kerajaan. Masa mula bekerja, saya menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik. Untuk kerja luar, saya dibawa ke lokasi dengan menggunakan Land Rover Jabatan.  Mula-mula masuk kerja, pengetahuan kerja memang kosong dan gelabar, tak tahu apa nak buat, sebab kerja tersebut bukan bidang kemahiran saya. Bos minta saya buat graf curahan hujan dan paras air sungai sungai di Semenanjung Malaysia, saya buat apa yang disuruh. Untuk dapatkan maklumat, saya pergi ke beberapa sungai yang menjadi penanda aras banjir dan stesen hidrologi.  Selang beberapa bulan saya mulai memahami tugas. Saya di dalam tim yang terlibat dalam kerja-kerja tebatan banjir dan pengurusan dataran banjir. Kami mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir dan menyediakan plan tind...

JOM MENGAJI

Al-Quran adalah sebuah Kitab yang indah penuh kesenian yang membawa mesej dari Allah. Ia mengandungi  cerita-cerita nabawiah serta hukum dan peraturan.  Kita tidak akan mencintai  Allah dan Rasul jika kita tidak mencintai kitabNya.  Mengapa tidak?  Tidak tahu membaca AlQuran satu perkara dan tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya satu  perkara lagi. Sekurang- kurangnya kita boleh memahami apa yang kita baca melalui terjemahan AlQuran. Kita juga boleh membaca tafsirnya . Tetapi  adakah kita berasa puas setakat hanya membaca terjemahan dan tafsir?. Tentulah lebih seronok dan yakin jika kita boleh membacanya. Kerap membaca dan membaca secara berguru akan memjadikan bacaan kita lebih baik dan betul.  Bacaan yang baik akan diberkati. Bacaan yang salah akan dicela.  AlQuran akan mendampingi  dan menerangi  kita di alam kubur.  Banyak lagi kelebihan membaca AlQuran. Elok mulakan sekarang jika belum lagi membacanya. Mula-mu...

TOUCH N GO

Bagaimana kad TouchNGo digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia menarik perhatian.  Kadang-kadang  saya rasa pelik melihat gelagat  mereka. Bukan tak tahu menggunakannya tetapi sikap mereka yang selalu tidak sabar dan kurang toleransi. Ramai orang asing yang datang ke Malaysia memuji rakyat Negara ini yang ramah dan sopan tetapi apabila mereka berada di atas jalanraya, sikap dan perangai mereka boleh berubah 360 darjah. Di atas jalan raya Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kurang sopan, berlagak saperti samseng, jadi pembuli jalanan dan tidak menghirau peraturan jalanraya. Hairannya sikap mereka juga boleh berubah menjadi baik bila berada di Negara orang. Sebagai contoh, Ketua Immigresen diTambak Johor memberitahu rakyat Malaysia boleh bersopan apabila berada di Singapura. Mereka boleh sabar beratur dan menunggu giliran dan arahan berjam-jam tanpa komplen dan buat bising.   Apabila mereka balik dan masuk ke Malaysia, mereka buat bising jika terpaksa menunggu...