Teks: Zyed Ahmad Hassan
Foto: Zyed Ahmad Hassan Foto Album
Selamat bertemu
kembali. Semoga anda semua dalam keadaan sehat serta berada didalam rahmat
Allah. Secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang perniagaan ketika ini.
Saya telah mencuba tetapi tidak berjaya mungkin kerana tidak cukup motivasi dan
lain lain faktor. Di ringkaskan cerita, sepanjang kehidupan ini saya terlalu
dedikasi kepada satu majikan dan memang bercita cita untuk terus maju dan naik
ke peringkat paling tinggi di dalam organisasi. Imbas kembali kesungguhan
tersebut, sedar tak sedar, saya sudah bekerja dengan sebuah Syarikat GLC selama
35 tahun tanpa berpindah mencari majikan baru. Di situ lah kehidupan saya sehingga
saya naik pangkat dan menjawat jawatan Pengarah Urusan. Saya dah coretkan
perkara ni didalam Teks: Pengenalan Diri.
Walaupun tiada bisnes
hati kita kena sehat, hati kena baik. Jangan dengki dan jangan cemburu pada
kejayaan orang lain. Saya doakan kawan kawan yang berniaga agar perniagaannya
terus maju. Untuk pengetahuan semua rakan rakan Blog ABDR, saya masih
berkhidmat untuk majikan saya Global Komited Sdn Bhd, iaitu subsidiari Syarikat
Kumpulan Weststar. Bolehlah tolong war warkan maklumat yang ingin saya
sampaikan disini kepada abang, adik, kakak, pakcik, makcik dan sahabat sahabat
yang bekerja dengan Kerajaan. Sebab kami menawarkan kepakaran ubahsuai dan aplikasi
khas produk berasas kenderaan. Pelanggan utama kami adalah Kerajaan dan Agensi Kerajaan.
| Treler |
| Kaunter Hasil Bergerak |
| Kaunter Bergerak JPJ |
![]() |
| Pos Bergerak |
\
Produk yang ditawarkan
termasuk:
1. Domestic Ambulance
2. Field
Ambulance
3. Kenderaan
4x4 General Service Cargo ( 1Ton dan 3Ton)
4. Kereta
Jenazah
5. Kenderaan
Khusus saperti
a. Pejabat
Pos Bergerak
b. Bank
Bergerak
c. Kaunter
Penerangan & Kaunter Hasil Bergerak
d. Pejabat
Bergerak
e. Klinik
Bergerak
f. Perpustakaan
Bergerak
g. Makmal
Bergerak
h. Balai
Polis Bergerak
i.
Bengkel Bergerak
j.
Unit Pemeriksaan Bergerak
k. Dapur
Bergerak
6. Armoured
Personnel Vehicle
7. Coaster
21- 25 Penumpang
8. Van
Penumpang
9. Trak
Pelbagai Aplikasi dan lain lain mengikut spesifikasi pengguna.
Di pamerkan antara sebahagian dari produk kami. Menumpang di Blog ini,
sekurang kurangnya mereka yang membaca di Blog saya tahu dimana dan dari siapa
perkhidmatan ini boleh didapati.

Comments
Post a Comment