Teks: Zyed
Ahmad Hassan
Foto: Carian Google
KASIH IBU SEPANJANG HAYAT
Masa kecil zaman kanak
kanak aku menjadi intan payung emak. Aku kerap tolong emak didapur walaupun ada
kakak kakak lain yang menolong. Kalau ada pula makanan sedap kegemaran ku, emak
sorokkan untuk aku kerana khuatir habis dimakan adik beradik yang lain. Kalau
ada kesilapan kecil yang aku lakukan, emaklah yang jadi pelindung dari dirotan
abah.
Ketika kami tinggal di
Kampong Kongo Cheras, aku baru berusia 5 tahun. Hampir setiap hari, aku akan
mengikuti emak pergi kelombong untuk membasuh pakaian. Biasa sangat bila emak
membasuh, aku main air dari pelantar tempat emak membasuh.
Dulu dulu lombong
masih banyak ikan lampam dan talapiah. Senang sangat tangkap ikan. Umpannya
biskut. Tabur sahaja biskut, berpuluh ikan naik ke permukaan air untuk berebut
rebut makanan. Masa tu tidak perlu guna pancing dan jala. Kaut saje dengan
baldi dah dapat beberapa ekor,
Naluri budak lelaki,
apabila selalu pergi lombong main air, suatu hari tergerak juga hatinya
hendak mandi di dalam lombong kerana mandi air perigi sudah biasa, mandi atas
pelantar lombong pun sudah biasa. Suatu petang aku seorang diri pergi ke
lombong tempat emak membasuh kain, tanpa pengetahuan sesiapa. Sampai saje,
lepas buang baju, aku pun turun perlahan lahan masuk di gigi air, sambil tangan
memaut pada rumput dan ranting ditepi tebing.
Kemudian cuba cuba sekeliling
pelantar. Allah hu Akbar, seram sejuk melihat air yang begitu banyak. Kini air
pada tahap leher, hanya kepala sahaja tinggal diatas paras air. Aku
memang tidak tahu berenang tapi memberanikan diri kerana sudah lama teruja
hendak mandi dalam lombong. Aku rasa seronok sangat, hilang rasa takut.
Selepas
lebih kurang 15 minit, aku pun naik dan balik kerumah. Beberapa hari aku ke
lombong itu lagi kadang kadang bersama kawan-kawan yang sebaya dan ada abang
abang dari kampong tu turut serta mengajar aku berenang.
Alhamdulillah, aku dapat
berenang dalam masa yang singkat walaupun tidaklah pandai sangat. Yang mustahak
aku timbul dan boleh bergerak diair. Ketika sedang seronok aku tidak
terfikir soal keselamatan. Suatu hari aku berenang ke tengah sedikit menuju ke
satu tunggul 10 ke 12 kaki dari pelantar.
Terkial kial macam berenang
kupu kupu. Aku berjaya ke tunggul itu dan berenang balik ke pelantar. Masa asyik
bermain air, aku betul betul tidak sedar, abah rupanya sudah menunggu di hujung
pelantar. Allah sahaja yang tahu betapa cemasnya aku melihat abah. Tetapi tidak
ada pilihan dan aku kena teruskan balik ke pelantar.
Tiba saje dihujung
pelantar, abah tarik aku naik sambil marah marah. “ Kamu kecik lagi, lombong ni
bahaya, kenapa degil sangat”, bentak abah. Itulah antara kata kata yang aku
dengar. Abah masih pegang aku. Dia tidak lepaskan. Entah kenapa sekilas itu
abah tukar fikiran.
“Hendak sangat berenang, nah! berenang! berenang!”,
katanya. Abah terus mencampakkan aku semula kedalam lombong itu dengan
geramnya. Allah hu Akbar, Allah yang Maha Hebat . Masa itu aku tidak menangis
pun. Tercungap cungap aku berenang balik ke pelantar.
Aku naik dan lari balik
kerumah. Abah pandang sahaja gelagat aku dan dia pun beredar. Sampai rumah aku
jumpa emak, saat itu barulah rasa nak menangis. Budak budak lain sudah
menghilangkan diri. Abah pun sudah tidak ada di situ lagi. Aku difahamkan abah
berada disurau berdekatan semasa kami semua sedang seronok bermain air dan
berenang. Abah sedang mengecat surau. Dia tahu aku berada di dalam
lombong apabila dia turun untuk mengambil air.
Apa berlaku
seterusnya? Pada malam yang sama terjadi satu lagi episod dalam hidup ku.
Di mana emak? Jangan lupa, ikuti kisah saya seterusnya selepas
ini di dalam Catatan Harian –Kasih Ibu Sepanjang Hayat
Petang itu abah tak
balik rumah kerana dia menyiapkan kerjanya di surau. Masa makan malam emak
sudah siap soalselidik apa yang telah aku lakukan petang tadi. Agaknya emak
sudah ada perancangan menyelamatkan aku.
Emak gantung kelambu dan suruh aku
masuk tidor. Aku cuba tidor tapi tak boleh lena, terpaksa pura pura tidor sebab
waktu itu segala ketakutan mula datang. Barulah aku terfikir yang aku
akan kena rotan yang teruk dari abah.
Lepas beberapa ketika, abah pun sampai
dirumah. Naik sahaja kerumah aku dengar abah menyebut nama aku.
“Mana si Mat,
mana si Mat”, abah bertanya emak dengan nada yang keras. Aku dengar, mak kata,
“ Dia dah tidor, bang. Janganlah kejutkan dia, biarkan dia tidor. Kesian dia
bang, budak budak memang macam tu bang, nakal “.
Abah tidak puas hati hendak
juga tahu dimana aku sekarang. Aku juga dengar abah tanya emak di mana rotan
yang di simpannya. Sekejap sahaja lepas tu, abah dah masuk dalam kelambu
terus tarik aku keluar.
Aku menangis sekuat hati saperti orang kena rasuk
sambil minta ampun. Sambil abah menyeret aku di atas lantai,
beberapa sebatan yang pedih hinggap pada kakiku. Aku meronta kesakitan dan lari
berlindung dibelakang emak.
Emak merayu supaya berhenti merotan.
“Cukuplah,
cukuplah bang’, rayu emakku dengan nada kesian. Abah tak peduli.
Ditangkapnya aku dan terus menghayun beberapa lagi sebatan kali ini di tapak
kakiku. Aku terus menangis dan meminta ampun.
Malam itu kecoh lah rumah kami. Kakak kakak semua tak bersuara, mulut mereka terkunci kerana ketakutan sudah melampias kepada mereka. Lampu geslen dan pelita yang tadi telah padam dihidupkan semula.
Emak satu satunya harapan ku. Emak segera menyelamatkan aku dan didakapnya
dengan erat sambil berbisik supaya tidak lagi melanggar larangan dan nasihat
abah. Setelah abah menjadi lebih stabil dan emosi nya reda, emak merawat
lebam lebam dikakiku.
Malam itu emak hendak menenangkan aku. Aku letih dan
sakit di sebat hingga aku tertidor didalam pelukan emak. Itulah kasihnya
seorang ibu yang masih segar dalam ingatanku walaupun ketika itu
aku baru berusia 5 tahun.Kasih emak sepanjang hayat. Bukan abah tak sayang,
cara abah kasih aku sahaja berbeza. Abah menunjukkan dia seorang ketua keluarga
yang tegas,

Comments
Post a Comment